October 23rd, 2020

Pelakon filem aksi, Hairul Azreen mendedahkan dia ada menerima tawaran daripada pelawak Achey untuk menghasilkan sebuah lagu single bersamanya.

Ini berikutan Hairul yang sebelum ini telah tersingkir daripada program The Masked Singer Malaysia baru-baru ini. Hairul yang memakai kostum Ayam Jantan dalam episod tersebut berkata, dia menerima panggilan video daripada Achey selepas diumumkan terkeluar daripada program berkenaan.

“Achey memang tau saya nak jadi penyanyi. Dia sampai FaceTime selepas saya diumumkan tersingkit dalam The Masked Singer Malaysia. Dalam lima minit tu dia gelak saja, dia cakap dari awal lagi tau saya yang pakai kostum ayam jantan. Achey bangga bila saya buat apa saya impikan sejak dulu lagi. Dia siap ajak saya buat lagu sama-sama.”

View this post on Instagram

AYAM JANTAN…. kantoiii hhahahahaaaha

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Meskipun ditawarkan untuk buat lagu bersama Achey, Hairul mengatakan dia masih belum memberi kata putus sama ada bersetuju atau tidak untuk terlibat dalam bidang nyanyian.

Menurut pelakon filem Paskal ini, dia ingin memikirkan dahulu dan berdoa supaya diberikan petunjuk berikutan impiannya untuk menyanyi depan orang ramai sudah pun tercapai.

View this post on Instagram

Inilah lagu yang tak sempat saya nak perform next week? btw Setiap orang ada impian & cita-cita, dulu zaman sekolah saya selalu cakap satu hari nanti saya akan jadi seorang penyanyi artis popular! (walaupun kawan2 cakap jangan mimpi lah oiii) ? hari ini saya dapat capai benda yang dah lama saya impikan menyanyi depan orang ramai walaupun pakai mask, Alhamdulilah saya bertahan selama 5minggu , inilah lagu2 yang sempat saya menyanyi 1. Hutang 2. Hukum Karma 3. Memburu Impian 4. Farhana 5. Cinta dewa dewi Hari ni saya nak bagi tau saya sangat happy, boleh stop dah menyanyi sebab mmg tak ada bakat pun haha btw thank you Astro bagi peluang , Semua peserta yang masuk nak sembunyikan identiti tapi saya kalau boleh nak anda semua tau yang Ayam Jantan tu saya ? bila lagi nak dapat peluang macam ni, Setiap manusia ada cita-cita & impian yang berbeza , tak salah kita support each other & respect , Yang penting jangan cepat give up, gagal sekali tak bermaksud kita loser, #TheBestNeverRest guys Terima kasih banyak2 yang selama ni support saya ?? This is alpha leader.. copy #TheMaskSingerMy #SiapaDiSebalikTopeng

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Dalam pada itu, Hairul sempat menceritakan pengalamannya menyanyi di hadapan sejumlah penonton. Menurutnya, dia tidak pula berasa kekok dan terasa seperti sedang membuat ‘show’ sendiri apabila berpeluang memegang mikrofon.

Hairul berkata lagi bahawa dia menerima respon positif daripada ramai pihak mengenai persembahannya pada malam itu.

“Impian memang nak jadi penyanyi. Bila dapat mikrofon terus buat macam show sendiri. Macam tak percaya bila ramai cakap saya boleh menyanyi. Tak ada langsung yang cakap tak boleh,” – Hairul Azreen

Sumber : Astro Gempak


2 responses to “Achey Bocey Ajak Buat Single Lagu Bersama, Hairul Azreen Minta Doa Buat Petunjuk Dulu Sebelum Bersetuju”

  1. siti says:

    hairul azreen nyanyi kat masked singer pun memang tak sedap kenapalah nak ajak buat single, carilah orang lain yang bersuara sedap… sabar jelah

    • tecit says:

      stuju. dan kwn2 artis boleh x jgn ckp sedap sbb nak jage hati kwn. tlg la be realistik. jgn malukan lg kwn2 korg yg xleh nyanyi ni. please be real friend ok.

      bukan aku suruh kutuk ke ape tp nak suruh be real. ckp benda yg betol. jgn nk jage hati sgt.

      tp he himself pon dah ckp kt situ mmg xde bakat. die tau dah pon. cume faham la mmg impian setiap org nak nyanyi dgn penoh confident depan org ramai. faham tuu. just klu boleh jgn lebih2 la nt org nyampah hahaha

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...