Pelakon filem aksi, Hairul Azreen mendedahkan dia ada menerima tawaran daripada pelawak Achey untuk menghasilkan sebuah lagu single bersamanya.
Ini berikutan Hairul yang sebelum ini telah tersingkir daripada program The Masked Singer Malaysia baru-baru ini. Hairul yang memakai kostum Ayam Jantan dalam episod tersebut berkata, dia menerima panggilan video daripada Achey selepas diumumkan terkeluar daripada program berkenaan.
“Achey memang tau saya nak jadi penyanyi. Dia sampai FaceTime selepas saya diumumkan tersingkit dalam The Masked Singer Malaysia. Dalam lima minit tu dia gelak saja, dia cakap dari awal lagi tau saya yang pakai kostum ayam jantan. Achey bangga bila saya buat apa saya impikan sejak dulu lagi. Dia siap ajak saya buat lagu sama-sama.”
View this post on InstagramMeskipun ditawarkan untuk buat lagu bersama Achey, Hairul mengatakan dia masih belum memberi kata putus sama ada bersetuju atau tidak untuk terlibat dalam bidang nyanyian.
Menurut pelakon filem Paskal ini, dia ingin memikirkan dahulu dan berdoa supaya diberikan petunjuk berikutan impiannya untuk menyanyi depan orang ramai sudah pun tercapai.
Dalam pada itu, Hairul sempat menceritakan pengalamannya menyanyi di hadapan sejumlah penonton. Menurutnya, dia tidak pula berasa kekok dan terasa seperti sedang membuat ‘show’ sendiri apabila berpeluang memegang mikrofon.
Hairul berkata lagi bahawa dia menerima respon positif daripada ramai pihak mengenai persembahannya pada malam itu.
“Impian memang nak jadi penyanyi. Bila dapat mikrofon terus buat macam show sendiri. Macam tak percaya bila ramai cakap saya boleh menyanyi. Tak ada langsung yang cakap tak boleh,” – Hairul Azreen
Sumber : Astro Gempak
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.2 Comments
Loading...
siti
October 23, 2020 at 3:54 pm
hairul azreen nyanyi kat masked singer pun memang tak sedap kenapalah nak ajak buat single, carilah orang lain yang bersuara sedap… sabar jelah
tecit
October 27, 2020 at 10:44 am
stuju. dan kwn2 artis boleh x jgn ckp sedap sbb nak jage hati kwn. tlg la be realistik. jgn malukan lg kwn2 korg yg xleh nyanyi ni. please be real friend ok.
bukan aku suruh kutuk ke ape tp nak suruh be real. ckp benda yg betol. jgn nk jage hati sgt.
tp he himself pon dah ckp kt situ mmg xde bakat. die tau dah pon. cume faham la mmg impian setiap org nak nyanyi dgn penoh confident depan org ramai. faham tuu. just klu boleh jgn lebih2 la nt org nyampah hahaha