June 17th, 2013

Sebagai seorang full time blogger, laptop ialah gadjet terpenting bagi Abang Nara. Abang Nara perlukan sebuah laptop yang ringan, pantas, canggih dan mudah dibawa ke sana ke mari.  Jadi apabila Acer melancarkan Acer Aspire P3 Ultrabook, Abang Nara terus teruja dibuatnya.

acer p3 ultrabook

Cantik kan design Acer Aspire P3 Ultrabook ini? Ada beberapa sebab Abang Nara teruja dengan kehadiran Ultrabook terbaru daripada Acer ini. Antaranya ialah:-

1. Gabungan teknologi Ultrabook dan Tablet

acer p3 ultrabookIni memang sangat sesuai dengan Abang Nara yang tiada ofis tetap. Kadang-kadang Abang Nara akan buat kerja di The Curve, kadang-kadang di KLCC. Tempat sentiasa bertukar. Acer Aspire P3 ini ringan dan nipis seperti tablet tetapi tahan lasak seperti sebuah Ultrabook membuatkan ia mudah untuk di bawa ke mana-mana. Tak adalah sakit bahu dibuatnya macam laptop Abang Nara sekarang.

2. Dijana oleh Intel dengan 3rd Generation Intel® CoreTM i3 processor.

acer p3 ultrabook

Kelajuan laptop adalah sangat penting ketika Abang Nara meng”update” blog. Gambar perlu diedit, video perlu ditonton dan multitasking adalah perkara wajib. Perkara yang paling Abang Nara benci ialah laptop “hang”. Perkara ini pasti TIDAK akan berlaku kepada Acer Aspire P3 Ultrabook kerana ia dijana oleh Intel dengan 3rd Generation Intel® CoreTM i3 processor.

3. Instantly Responsive

Ini adalah ciri Acer Aspire P3 Ultrabook yang paling Abang Nara suka. Ada fungsi “Instant On” yang hanya memerlukan 1.5 saat untuk bersedia semula daripada keadaan “sleep”. Lepas itu ada fungsi “Instant Connect” yang membolehkan Abang Nara online dengan kelajuan 4 kali lebih pantas berbanding di laptop lain. Hebat kan?

4. Touchscreen & Keyboard

acer p3 ultrabook

Nak fokus buat kerja? Abang Nara boleh gunakan ia sebagai Ultrabook dengan Bluetooth keyboard yang memudahkan proses menaip. Nak guna tengok YouTube atau buat presentation kepada client? Pusingkan skrin HD 11.6 inci Acer Aspire P3 ini untuk digunakan sebagai tablet touchsreen. Hebat kan?

Memang cool, sempoi, hebat dan menggoda sungguh Acer Aspire P3 Ultrabook. Memang 99% Abang Nara confirm akan beli. Lebih-lebih lagi dengan adanya promosi menarik daripada Acer yang sah untuk seluruh Malaysia bermula 24 Mei sehingga 14 Julai ini.

acer p3 ultrabook

Pembelian yang dilakukan ketika promosi juga melayakkan anda untuk mendapat tambahan warranty 3 tahun dan Powerbank untuk harga serendah RM49.90. Awesome gila!!!

acer p3 ultrabook

Abang Nara dah tak sabar untuk memegang Acer Aspire P3 Ultrabook dan buat posing gembira tak ingat seperti lelaki di atas. Korang pun kalau mahukan info lanjut mengenai kehebatan Ultrabook dan Tablet yang dijana oleh Intel dengan 3rd Generation Intel® CoreTM i3 processor, layarilah laman web www.acer.com.my atau LIKE Facebook Acer Malaysia.


Comments are closed.

Loading...