“Acah Suci Hidup Sorang” – Fizi Ali Dakwa Shakilla Khoriri Dah Pasang ‘Skandal’ Ketika Masih Suami Isteri?

Hiburan

“Acah Suci Hidup Sorang” – Fizi Ali Dakwa Shakilla Khoriri Dah Pasang ‘Skandal’ Ketika Masih Suami Isteri?

Penyampai radio, Fizi Ali semalam dilihat ‘mengamuk’ di Instagram Story apabila bekas isteri, Shakilla Khoriri didakwa menghalang dirinya daripada bertemu anak perempuan mereka, Ameena Sofia.

Fizi menulis di Instagram Story di mana dia turut mendakwa aktres itu ada membawa Ameena berjumpa kekasih malah berpimpinan tangan.

Advertisement

Katanya lagi, bekas isterinya itu juga mempunyai teman lelaki ketika mereka berdua masih bergelar suami isteri dan ‘acah-acah’ hidup keseorangan membesarkan Ameena.

Fizi dalam pada itu sempat meluahkan rasa kesal dengan perbuatan aktres itu yang didakwa sering meminta simpati warga maya dan mengingatkan bahawa kifarah itu wujud.

Fizi ali

Sebelum ini, Fizi pernah beberapa kali meluahkan rasa terkilan apabila dia dilarang untuk berjumpa anak perempuannya dan mendakwa Shakilla telah menyekat nombornya sekaligus membuatkan dia susah untuk berhubung dengan Ameena.

Mereka berdua yang bernikah pada tahun 2018 namun bercerai dua tahun kemudian.

Hasil perkongsian hidup, Fizi dan Shakilla dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Fizi kemudian bernikah kali kedua bersama wanita pilihan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

shakilla khoriri
10 months ago

"Adakala Umi Akan Tarik Tangan Awak Kasar" - Shakilla Khoriri Sedih Anak Jadi Mangsa Perceraian Dengan Fizi Ali

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...