(VIDEO) “Acah Orang Putih” – Menari Terkinja-Kinja Di Tempat Awam, Netizen Suruh Sharifah Sakinah Jaga Adab

Hiburan

(VIDEO) “Acah Orang Putih” – Menari Terkinja-Kinja Di Tempat Awam, Netizen Suruh Sharifah Sakinah Jaga Adab

Seperti yang kita tahu, selebriti sensasi, Sharifah Sakinah sebelum ini menjadi perhatian orang ramai apabila menampilkan imej baru dengan berambut botak di laman Instagram miliknya.

Baru-baru ini, Sakinah atau lebih mesra dipanggil Kinah sekali lagi mencetus kontroversi apabila memuat naik hantaran video memaparkan dirinya sedang menari ‘terinja-kinja’ di tempat awam.

Advertisement

Menerusi hantaran tersebut, pelakon itu meluahkan rasa pelik apabila orang awam di situ langsung tidak menghiraukan dirinya.

Dorang tak heran lansung ek, pandang pun tidak walaupun terkinja.

Difahamkan, Sakinah kini tinggal di luar negara bersama suaminya yang merupakan seorang Sweden, Michael Hansen.

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang rata-ratanya menyifatkan perbuatan itu seakan memalukan bagi seorang wanita muslim.

Selain itu, netizen berkata tindakan yang dilakukan oleh Sakinah itu dianggap perkara biasa di luar negara dan disebabkan itulah orang awam di sana tidak mempedulikan perbuatannya.

Bagaimanapun, netizen meminta Sakinah untuk tetap menjaga adabnya ketika berada di negara asing memandangkan dia juga merupakan orang Malaysia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Rasa Macam Attention Seeker" - Sharifah Shahirah Akui Kinah Suka Buat 'Onar'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...