“Acah Alim, Pakai Beg Prada..” – Aliff Syukri Hilang Sabar ‘Founder’ Tudung Sarung Liat Bayar Hutang Berjuta

Hiburan

“Acah Alim, Pakai Beg Prada..” – Aliff Syukri Hilang Sabar ‘Founder’ Tudung Sarung Liat Bayar Hutang Berjuta

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa berang apabila dia mendakwa seorang ‘founder’ tudung enggan membayar hutang tertunggak bernilai jutaan ringgit.

Perkara itu diluahkan Aliff menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, hari ini.

Advertisement

Ujarnya lagi, individu berkenaan turut menghebahkan cerita fitnah seolah-olah dia yang bersalah dalam situasi tersebut.

Hutang saya berjuta tak reti bayar. Semua video apa yang dia lakukan saya rekod. Acah-acah teraniaya.

Malah buat cerita dengan rakan-rakan saya macam saya pula yang bersalah. Video bukti dan agreement semua ada ya. Sabar ya kak.

Maklum Aliff lagi, dia bakal mengambil tindakan undang-undang dan sempat memberikan ‘hint’ tentang siapakah individu yang dimaksudkannya itu.

Sampai sekarang ni saya terpaksa buat tindakan peguam. Saya beri hint dia jual tudung, selalu keluar televisyen, acah-acah alim dan kaya.

Kereta mewah sempat beli, pergi umrah pakej mewah, beg prada. Hutang? Sedih! Waktu nak pinjam bukan main manis meminta.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta Datuk Aliff Syukri yang sedang berada di Tanah Suci untuk bersabar dan fokus beribadah.

Dia yang berangkat ke Tanah Haram bagi tujuan mengerjakan ibadah haji itu turut membawa anak lelakinya, Ammar Ahyan.

Usahawan D’Herbs itu sebelum ini ada memohon doa orang ramai agar urusannya dipermudahkan selain ingin berubah menjadi insan yang lebih baik setelah pulang kelak.

Rozita che wan
1 year ago

(VIDEO) "Nasib Baik Bawak Duit Selori.." - Che Ta Beli Gelang Emas Untuk Ibu, Netizen Risau Bawa 'Cash' RM30,000

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...