AC Mizal Pernah Hanya Teguk Air Paip Di Zaman Kejatuhannya

Hiburan

AC Mizal Pernah Hanya Teguk Air Paip Di Zaman Kejatuhannya

Setiap manusia yang berjaya pasti ada kisah silam, kisah keperitan dan kisah kesusahan yang menjadi pendorong kepada kejayaan. Satu ketika dahulu pernah popular dengan kumpulan 4U2c, kemudian jatuh terduduk merana dan kini kembali popular dalam bidang pengacaraan, Datuk AC Mizal adalah contoh selebriti yang berusaha keras sehingga mencapai kejayaan yang dikecapi hari ini. Kesemua ini ditunjangi dengan kehadiran isteri tercinta, Datin Emylia Rosnaida di sisi.

ac mizal

Advertisement

Abang Nara tertarik dengan salah satu cerita ketika zaman susah Datuk AC Mizal. Selain terpaksa bekerja di kedai menjual kereta terpakai, AC juga pernah hanya meneguk air paip untuk mengikat perut demi mahu membayar bil bersalin isterinya yang sedang hamil anak pertama. Kata AC:-

Setiap kali masa rehat, kawan-kawan ajak keluar makan dan saya akan cakap sudah kenyang. Sedangkan saya hanya meneguk air paip sebab nak kumpul duit untuk bayar bil bersalin. Pada mulanya, doktor beritahu isteri akan bersalin normal, entah macam mana Emylia perlu dibedah. Ketika itu, saya memang kusut dan runsing sebab duit hanya cukup untuk menjelaskan bil bersalin normal.

Saya memang tak ada duit langsung sampaikan terpaksa bagi isteri pakai baju saya. Ini kerana saya tak mampu hendak beli baju kehamilan. Ketika itu, simpanan cuma ada RM1,000 untuk kos bersalin. Apabila doktor cakap perlu dibedah, saya memang tak tidur lena sehinggakan terpaksa tidur di bawah katil hospital memikirkan duit.

Ini kerana kawan-kawan yang rapat dengan saya semuanya menghilangkan diri. Mujurlah ada seorang hamba Allah yang sudi pinjamkan duit disebabkan saya tidak cukup RM800 untuk membayar bil hospital.

Sejak itu, setiap rezeki yang datang saya tak pernah tolak. Duit yang masuk, sama ada sikit atau banyak, saya simpan betul-betul demi keluarga.

ac mizal

Terasa bergenang air mata membaca kisah Datuk AC Mizal. Hasilnya, AC kini sudah pun memiliki stesen radio sendiri stesen radio televisyen (TV) online, PeaceYall FM. Abang Nara juga turut tertarik dengan tips-tips dan kata-kata nasihat daripada isteri AC Mizal iaitu Datin Emylia Rosnaida. Kata Emylia:-

Untuk kekalkan rumah tangga, sebagai isteri kena faham dengan suami, jangan cemburu tak tentu pasal dan banyak berbincang seperti kawan baik. Apabila jadi kawan baik, kita akan berbincang dan berkongsi bersama.

Kalau ada benda-benda yang membuat kita berkecil hati, jangan cepat melenting, sebaliknya, kita berbincang. Cakap elok-elok kalau ada benda yang membuatkan kita terasa, jadi, suami akan faham.

Kehidupan kami memang susah dulu. Tetapi, saya tidak pernah menyalahkan AC, sebaliknya saya memberi sokongan dan dorongan dalam apa saja yang dilakukannya.

Apa yang kami miliki sekarang adalah berkat usaha dan kesabaran AC dalam mencari peluang yang ada. Saya bahagia dan selesa dengan tugas serta tanggungjawab saya sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak kami.

ac mizal

Siapa sangka daripada salah seorang anggota ahli 4U2C, kini Datuk AC Mizal mempunyai empayarnya sendiri di dalam dunia hiburan. Usaha gigih dan kerja kerasnya amat berbaloi. Semoga ia menjadi contoh kepada kita semua. Teruskan perjuangan, good luck dan all the best buat Datuk AC Mizal serta Datin Emylia Rosnaida. Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...