Dato AC Mizal sudah berjaya membida rokok elektronik ataupun lebih dikenali sebagai vape dengan nilai RM 45,000 dalam satu acara himpunan peminat vape seluruh Malaysia iaitu VapeFest 2015 semalam di Shah Alam.
Mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial, ramai yang tidak tahu sebenarnya bidaan itu  yang menggunakan hashtag #VapeForCharity bertujuan untuk mendapatkan dana bagi mendermakan kepada mereka yang memerlukan.
Mungkin ada yang berpendapat tinggi sangat nilai untuk sebuah mod tetapi apa salahnya jika ia dapat membantu kebajikan orang lain? Cubalah ambil daripada sisi yang positif, takkanlah selalu kita nak kritik je kan seseorang tu.