Sempoi!!! Memang kena sungguh nama stesen televisyen milik Datuk AC Mizal yang bakal dilancarkan pada bulan April ini. Seperti yang diketahui ‘Peace Yo’ adalah tagline pengacara hebat ini apabila mengendalikan majlis. Sehubungan itu ‘Peace Yo FM’ telah dipilih sebagia nama stesen televisyen miliknya yang akan menemui penonton secara online. Apa yang pasti, jutaan ringgit telah pun dilaburkan oleh Datuk AC Mizal untuk merealisasikan impiannya memiliki sebuah stesen televisyen.
Menariknya, Datuk AC Mizal tidak akan mengendalikan atau muncul di dalam stesen televisyennya kerana merupakan artis ekslusif Astro. Stesen Peace Yo FM ini adalah berkonsepkan hiburan sepenuhnya. Walaupun tidak akan muncul di stesen tv sendiri, AC Mizal berharap ia agar menjadi platform untuk artis-artis baru menampilkan bakat mereka. Kata AC:-
Bukan mudah sebenarnya untuk membina sebuah stesen TV. Walaupun ianya online tapi dari segi peralatan dan keperluan seperti kamera memerlukan kos yang sangat tinggi. Namun, demi merealisasikan impian saya ini, saya sanggup melabur jutaan ringgit wang sendiri untuk perniagaan kali ini. Pelaburan sebanyak itu untuk memastikan stesen TV saya ini mencapai tahap piawaian dan profesional sebuah stesen penyiaran.
Selain ini satu lagi cabang perniagaan saya, ia juga sebagai platform untuk artis-artis baru masa kini untuk promosikan diri mereka. Sebab sekarang ini apa yang dapat kita lihat, kebanyakan stesen TV sering menampilkan artis-artis yang sama saja kerana berdasarkan nilai komersial mereka. Jadi, diharapkan Peace Yo. FM dapat dijadikan ruang untuk muka-muka baru mempromosikan bakat mereka
Good luck and all the best diucapkan kepada Datuk AC Mizal. Ini adalah satu cabang perniagaan yang penuh cabaran. Memang tak terfikir dek akal orang biasa. Namun Abang Nara percaya AC Mizal sudah mengira untung rugi sebelum berani menceburkan diri dalam bidang stesen televisyen ini. Semoga Peace Yo FM akan berjaya mencuri perhatian rakyat Malaysia. Sama-samalah kita nantikan. Sumber MalaysianDigest.