Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

AC Mizal Ajak Abby Abadi Berdebat Isu PDRM

Kelantangan Abby Abadi berbicara ketika berhimpun memohon pembebasan tahanan ISA membuatkan Dato’ AC Mizal mengajaknya berdebat secara terbuka. Menurut tweet yang dihantar oleh AC Mizal, Abby Abadi telah pun mengutuk PDRM dengan kata-kata yang diluahkan ketika berhimpun.

ac mizal

Advertisement

Antara kata-kata yang dilontarkan oleh Abby Abadi ialah:-

Memang diorang ( pegawai2 warden yang bertugas ) salah. Memang dapat arahan daripada orang atas, tapi mereka yang melakukan apa yang disuruh tu dikira bershubahat. Saya tak pernah tahu ISA ni dalamnya macam Guantanamo. Saya tak pernah tahu pun. Bayangkanlah diri masing-masing, yang berada didalam tu kalau kena benda yang sama macam korang buat. Saya tak rasa pun yang diorang kerjakan orang dalam ni.

Video penuh di bawah untuk tatapan anda supaya dapat mendengar dengan telinga anda sendiri kata-kata daripada mulut Abby Abadi:-

Abang Nara tak mahu menyokong mana-mana pihak. Semua orang ada pendapat mereka sendiri. Persoalannya sanggupkah Abby bersemuka dengan AC Mizal dan berdebat secara terbuka tentang isu ini? Nampaknya dunia artis sekarang pun serba sedikit sudah bercampur gaul dengan dunia politik. Apa kata anda? Kredit info Media Hiburan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

257 Comments

  1. kitty kittun

    July 16, 2012 at 10:11 pm

    kalo xsalah, xmasukla isa.. bengong~

  2. Kudet

    July 16, 2012 at 4:39 pm

    tapi apa yg abby cakap tu betul. tahanan memang diperlakukan sezalim2nya. mungkin dia dengar sendiri ceritanya dr mulut org yg dah dibebaskan. kalau kita tak percaya, boleh buat research sikit dan buatlah finding sendiri. abby perlu berani kerana benar. salute kat dia sebab berani, walhal dia tak ada kena mengena dengan org yg ditahan ISA tu

  3. Jutawan Hedra

    July 16, 2012 at 1:02 pm

    Abang Nara tak bole cakap “tak sokong mana-mana pihak”. Sememangnya PDRM menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Masa BERSIH pon, peserta baju kuning di bagi makan, air dan tempat sembahyang.
    PDRM bertungkus-lumus menjaga negara kita.
    Bila ada kecurian, atau apa-apa musibah, sibuk nak tlipon Polis.
    Lepas tu kutuk-kutuk Polis.

  4. wan

    July 16, 2012 at 11:03 am

    apabila seorang yang xtahu pasal politik berkata-kata…..

  5. Anonymous

    July 16, 2012 at 9:58 am

    kenapa aku rasa ada comment pro-pembangkang yg di like sampai beratus dah hilang. nara delete ker? yg bahagian atas, scroll byk kali dah tp xjumpa, malam tadi ada lagi…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama