Tampil menjelaskan situasi sebenar dirinya dan keluarga bertindak untuk berkumpul di kawasan lobi tempat penginapan milik usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, atlet ‘freerunner’ profesional, Abudi Alsagoff memaklumkan kepada umum beliau memilih lobi kerana tiada tempat lain yang sesuai untuk dijadikan lokasi perjumpaan keluarga.
Ujar Abudi, beliua juga difahamkan telah meminta kebenaran daripada staf yang bertugas untuk makan di kawasan tersebut.
To those interested… ???? pic.twitter.com/wWKmqOZduH
— Abudi Alsagoff (@AbudiAlsagoff) August 18, 2020
“Makan kat lobi tu dah minta izin.. Pool dia dah buat basah tempat gazebo dan kita dah nak checkout jadi tak nak budak-budak basah. Bukan kita mintak izin staff ke? Depan hidung depa kita makan siap kita ajak depa makan sekali.
Katanya lagi, Aliff wajar memperbaiki serta menaik taraf banyak lagi perkara andai ingin melihat perniagaannya maju dan teratur.
“Kata family friendly resort tapi semua tengah upgrade dari ATV sampai flying fox tiada siapa yang uruskan.Kalau dia sayang perniagaan dia kena cari macam mana nak memperbaiki sistem pantau staf ‘terlalu berkelayakan’ dan ‘terlatih.”
Menurut Abudi, beliau tampil membuka mulut susulan hal berkenaan kerana Aliff khabarnya tidak dapat menerima kritikan daripada seorang pelanggan.
“I have said enuff dan penghujungnya benda ni dinaikkan isu kerana Datuk AS tak mau terima kritikan membina!! Berapa lama boleh tipu pengunjung? Satu-satunya pelanggan yang datang lagi adalah dirinya kerana staf hanya perform ketika dia berada di sekitar.”
Beberapa hari lalu, tular di media sosial berkutan keluhan seorang atlet parkour yang mendedahkan resort milik seorang usahawan kosmetik tidak dijaga dengan baik dan kotor serta membahayakan.
Bagaimanapun, Aliff kemudiannya tampil mengemukakan bukti video membongkar tindakan dan aktiviti atlet terbabit bersama keluarga sepanjang menginap di resort tersebut kepada umum di laman Instagram.