Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

ABPBH2013 Ditanggu Sebagai Penghormatan Kepada Insiden MH370

Tahniah diucapkan atas keprihatian pihak penganjur ABPBH2013 yang sepatutnya berlangsung pada 6 April ini di Arena AllStars, Genting Highlands. Bukan mudah untuk menangguhkan satu majlis yang sebegini besar, namun sensitiviti yang ditunjukkan adalah sangat bagus terutamanya ketika rakyat Malaysia masih bersedih dengan insiden MH370.

abpbh2013 ditangguhkan

Advertisement

Buat masa ini, tarikh dan lokasi baru ABPBH2013 masih lagi belum ditetapkan. Kata pihak penganjur menerusi portal GUA:-

Seluruh negara sudah sedia maklum dengan kejadian yang menimpa pesawat MH370. Justeru, sebagai menghormati ahli keluarga penumpang serta krew anak kapal, saya sebagai penaung bersama ahli jawatankuasa pengelola ABPBH 2013 sepakat mengambil keputusan untuk menangguhkan acara malam kemuncak ini.

Jawatankuasa pengelola ABPBH 2013 masih lagi dalam usaha untuk mencari tarikh baru dan lokasi yang sesuai. Perkara ini akan kami umumkan kelak namun, mengenai lokasi, kemungkinan ia akan berlangsung di Kuala Lumpur itu ada, namun kena tengok dulu pada keadaan.

Tahniah diucapkan atas keprihatinan anda. Semoga segala perancangan seterusnya akan berjalan lancar. Apa pun, sama-samalah kita nantikan pengumuman mengenai tarikh dan lokasi baru ABPBH2013.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top