ABPBH2009: Apa Motif Berita Harian Keluarkan Status Undian?

Hiburan

ABPBH2009: Apa Motif Berita Harian Keluarkan Status Undian?

abpbh2009

Pelik jugak kami bila Berita Harian semalam mengeluarkan status peratus undian terkini Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009? Bukan ke sepatutnya undian tue dirahsiakan ke? Barulah macam saspen sikit. Ini tak, siap buat ulasan terperinci lagi. Dan yang paling mengejutkan sudah tentu undian untuk Fasha Sandha paling tinggi mengalahkan Tiz Zaqyah untuk kategori Pelakon TV Wanita Paling Popular:-

Advertisement

[note]Calon yang barangkali berpeluang menggenggam trofi bagi Pelakon TV Wanita adalah Fasha Sandha yang tahun lalu bukan calon pilihan. Impak populariti Tiz Zaqyah melalui drama bersiri Nur Kasih tidak menjadi dalam ABPBH2009.[/note]

Kami rasa nie semua taktik Berita Harian untuk kipas susah mati Tiz Zaqyah dan artis-artis yang tengah kurang undian untuk menghabiskan duit diorang mengundi. Mementang sekarang nie boleh undi guna SMS, tue yang diorang keluarkan statistik undian sekarang nie. Bila peminat-peminat terbaca, terus undi untuk memastikan artis kegemaran diorang menang.

Last-last yang untung ialah Berita Harian. Yang rugi? Sudah tentulah kita yang perabihkan duit untuk mengundi artis-artis dalam ABPBH2009 nie. Bukan dapat apa pun. Duit gak yang terbang. Tapi kami memang mengkagumi teknik memancing undi yang telah dilakukan oleh Berita Harian nie. Ternyata kreatif gak wartawan-wartawan hiburan Malaysia nie. 2 thumbs up!!!

Kami berani jamin Tiz Zaqyah compem menang Anugerah Pelakon TV Wanita Popular. Kerat jari la kalau dia tak menang. Go Tiz go!!!


Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...