ABIM Mahu Jakim Jawab Isu DNA Babi Dalam Cadbury

Trending

ABIM Mahu Jakim Jawab Isu DNA Babi Dalam Cadbury

Walaupun dua sampel produk coklat Cadbury disahkan bebas daripada DNA babi, namun ia tidak mudah untuk mengakhiri kekeliruan dan keraguan dalam kalangan pengguna.

Advertisement

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan menegaskan beberapa persoalan perlu dijawab oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM berhubung kontroversi Cadbury ini.

Antaranya, persoalan mengenai tahap kesahihan tanda halal yang dikeluarkan JAKIM.

“Umat Islam memikirkan bagaimana pematuhan terhadap tanda halal itu, kelihatan tidak dipatuhi oleh sebuah syarikat yang besar,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Pada masa yang sama, ABIM berpendapat, JAKIM perlu memberi keyakinan terhadap pengguna bahawa syarikat pengeluar produk makanan mematuhi standard serta menjamin kehalalannya.

“Walaupun kita memahami ia hanya terjadi dalam kelompok produk tertentu (Cadbury Dairy Milk Hazelnut & Cadbury Dairy Milk Roast Almond), namun adakah ia akan berterusan sebegitu?” ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau menggesa syarikat Cadbury dan pemain industri makanan secara umumnya, sentiasa bertanggungjawab terhadap produk keluaran masing-masing.

Presiden ABIM itu mengulas kenyataan terbaru Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mengesahkan dua sampel produk coklat Cadbury yang diambil terus dari kilang syarikat itu, disahkan bebas DNA babi.

Jamil juga menyifatkan keputusan yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan baru-baru ini mungkin tercemar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...