Abby Abadi menerusi akaun Instagramnya beberapa hari lepas telah mengumumkan beliau bakal menamatkan zaman jandanya bersama seorang jejaka dikenali sebagai Jai, berita tersebut diterima baik oleh peminatnya yang mendoakan kebahagian beliau.
Terbaru, menerusi portal mStar Online, bakal suami Abby yang nama sebenarnya Muhammad Faizal Zakaria memberitahu sikap penyayang dan dermawan yang ada pada Abby membuatkan beliau tertarik untuk memperisterikan bekas anggota kumpulan Elite tersebut. Untuk pengetahuan anda, Jai merupakan seorang wartawan kanan di akhbar Harakah.
Ramai yang tidak tahu Abby sebenarnya seorang penyayang dan sikap suka membantu dan menderma kepada golongan susah, itu membuatkan saya tertarik hati kepadanya.
Sebelum ini, macam-macam cerita yang kita dengar mengenai Abby bukan? Ada yang mengata beliau sebagai seorang wanita yang garang dan seorang “queen controlâ€. Namun, buat Jai beliau tidak pernah menilai keperibadian wanita tersebut hanya berdasarkan khabar angin.
Malah, soal status Abby yang juga seorang janda juga bukan isu kerana dirinya sendiri sendiri pernah mengalami kegagalan rumah tangga sebelum ini.
Saya bukan jenis mudah menilai orang daripada apa yang saya baca atau dengar dan mengenali Abby dia adalah seorang wanita yang berbeza daripada apa yang diperkatakan. Saya ada tiga orang anak hasil perkahwinan terdahulu, begitu juga Abby. Ini adalah jodoh kami dan Insya-Allah ia akan saling melengkapi kami.
Abby sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama aktor Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata  Mohamed Danish Hakim, 12, Marissa Dania Hakim, 10, dan Maria Danisha Hakim, 7, sebelum bercerai pada tahun 2008.
Kemudian, Abby  bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga.