Abby Abadi Terima LOD, ‘Scammer’ Mahu Saman Atas Alasan Sebar Fitnah – “Tipu Apanya? Dah Tentu Saya Ada Bukti..”

Hiburan

Abby Abadi Terima LOD, ‘Scammer’ Mahu Saman Atas Alasan Sebar Fitnah – “Tipu Apanya? Dah Tentu Saya Ada Bukti..”

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi memaklumkan dia telah menerima Letter of Demand (LOD) daripada individu yang sebelum ini didakwa menipu berhubung tempahan tudung.

Kata Abby, surat tuntutan itu diterimanya menerusi peguam mereka dan menyatakan bahawa Abby telah memfitnah dan menjatuhkan reputasi termasuklah mendatangkan kecederaan kepada anak-anaknya.

Advertisement

Berkait isu tipu/scam tempahan tudung haritu. Mereka tu nak saman saya. Katanya saya buat fitnah pada mereka hingga menjatuhkan reputasi. Konon saya kaitkan dengan anak-anak mereka hingga boleh mendatangkan kecederaan kepada anak-anak itu.

pasangan suami isteri scam Abby Abadi

Enggan mengalah atau berdiam diri, Abby turut berkongsi kronologi kejadian sebelum dia berjumpa dengan individu tersebut untuk menuntut semula wang yang telah ditipu.

Kata Abby menerusi Instagram, dia mempunyai bukti dan pernah membuat laporan polis sebanyak dua kali malah telah menyerbu bengkel tempat suami individu tersebut bekerja.

Dia dah bayar balik pun duit saya untuk penipuan kali kedua. Maknanya betul la dia scam, sebab dia bayar balik kan?? Dan asbab saya pergi serbu tu saya berjaya dapatkan balik duit saya. Jadi.. Di mana yang kata saya fitnah tu?? Tengah bermimpi ke apa dorang ni?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by abbyabadi_112 (@abbyabadi_112)

Ibu kepada Marissa Dania itu juga turut menyeru mana-mana pihak yang pernah ditipu pasangan itu tampil bersama-sama dengannya untuk membuat laporan dan membanteras aktiviti penipuan mereka.

Rata-rata pengikutnya mendoakan agar urusan Abby dipermudah dan ramai turut bersetuju bahawa aktiviti penipuan semakin teruk di negara ini, tidak kira dengan cara dan taktik apa sekali pun.

abby abadi berjumpa scammer
2025-07-03 10:26:30

"Dah Viral, Buat Muka Kesian - Abby Abadi Serbu Tempat Kerja Scammer, Tapi Kena Tuduh Pula!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...