Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Abby Abadi Tegur Orang Yang Suka Makan Di Kedai ‘Pork Free’

Abby Abadi Tegur Orang Yang Suka Makan Di Kedai 'Pork Free'

Tampil menegur semua orang supaya lebih peka dengan makanan yang dinikmati, pelakon Abby Abadi dilihat tidak segan berkongsi kisah di mana seorang wanita Islam bertindak memesan makanan dari sebuah kedai makanan yang pemiliknya bukan orang Islam.

Abby Abadi Tegur Orang Yang Suka Makan Di Kedai 'Pork Free'

Advertisement

Menurut Abby, meskipun terpampang perkataan bebas khinzir (pork free) di kedai itu, namun harus diingatkan bahawa cara pembersihan dan penyediaan yang dilakukan premis berkenaan perlu diambil kira.

“Mungkin sebab mereka tak perasan atau mungkin sebab dia tulis ‘pork free’, wallahuallam. Nak bagitau, ‘pork free’ tu tiada vavisss je yang, tapi sembelihan ayam, dagingnya semua macam mana? Ambil tahu jugalah ya, fikir jauh sikit okey.”

Ujar Abby lagi, beliau sempat melihat sendiri hidangan daripada kedai makanan tersebut ditempah oleh wanita bertudung.

Abby Abadi Tegur Orang Yang Suka Makan Di Kedai 'Pork Free'

“Sebab kami duduk betul-betul depan gerai tu, tengok dia hantar nasi goreng dekat wanita bertudung labuh.”

Dedahnya lagi, situasi itu berlaku ketika Abby bersama keluarga termasuklah dengan aktor Norman Hakim serta Memey Suhaiza yang bercuti di Pulau Jerejak.

Tidak kurang juga, Abby tidak ketinggalan memaklumkan kepada umum bahawa pemakanan juga boleh menyebabkan hati kita menjadi degil dan makin menjauh dari agama kerana sudah menjadi darah daging.

Abby Abadi Tegur Orang Yang Suka Makan Di Kedai 'Pork Free'

“Kita sebagai umat Islam kena lebih menjagalah ye tak? Sebab apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita. Memang kita makan kedai yang takde halal, yang pork free, elok je lagi, tak mati, boleh bercakap semua. Tapi dalam tak sedar, hati kita ni makin degil atau makin menjauh dari Islam.”

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Abby menerusi sebuah posting di laman Instagram miliknya, malah Abby juga dilihat turut menyeru orang ramai khususnya pengikut yang beragama Islam untuk sentiasa peka dalam apa jua yang dilakukan agar tidak lari daripada landasan agama itu sendiri.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top