Setelah menerima komen-komen dari orang ramai, bekas pelakon Abby Abadi membatalkan hasrat untuk berkongsi sebab sebenar dia berkahwin dengan bekas suaminya Norman Hakim.
Dia memberitahu Sinar Harian:
Tak apalah, saya malas nak layan sebab kalau jawab nanti, orang akan panjangkan perkara ini. Lagipun, ramai sangat juri awam kat Malaysia ini.
Saya memutuskan untuk tidak lagi melanjutkan perkara ini. Tak ada apa yang serius dan kalau cerita pun, ia tidak berbaloi. Jadi, lupakanlah saja.
Bagi saya, ia bukanlah satu perkara yang penting untuk dikongsikan bersama.
Sebelum ini Abby melalui Instagram memberitahu mahu berkongsi sebab sebenar dia dan Norman Hakim berkahwin yang dakwanya, bukan atas sebab cinta. Mengongsi gambar dia dan Memey Suhaiza dalam status Instagramnya itu, ramai yang memberi komen menggalakkan Abby berkahwin semua dengan bekas suaminya itu.
Namun, dia tidak menjelaskan secara terperinci dan akan berkongsi bukti berbentuk gambar jika Norman memberi keizinan. Hasrat Abby itu mendapat reaksi positif tetapi lebih banyak reaksi negatif. Ramai berpendapat perkara itu tidak sesuai didedahkan apatah lagi kerana Memey Suhaiza, isteri Norman baru melahirkan bayi dan perkara itu pun sudah lama berlaku.
Mungkin akur dengan kritikan orang ramai, pelakon itu membatalkan niatnya itu.
Dalam era Internet ini, memang ramai orang suka bercerita. Siap ada yang buat skrip dialog lagi kerana mahu bercerita tentang perbualan-perbualan tertentu tentang kehidupan di akaun media sosial milik masing-masing.
Namun sendiri sepatutnya tahu untuk menentukan apa yang patut dikongsikan atau tidak di laman sosial. Don’t be too finger-happy, kata orang putih.
Serlahkan bakat anda dalam Pertandingan Mencipta Lagu Melayu Asli 2015. Hadiah-hadiah menarik menanti anda! Syarat dan…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 13 April 2015