June 11th, 2014

Akhirnya, siapalah kita untuk menolak ketentuan takdir Ilahi. Hari ini musnahlah harapan untuk melihat cinta pasangan ini kembali bertaut seperti dahulu. Merujuk laporan Utusan tengahari ini, pelakon Abby Abadi  Muhammad Noor Farhan Che Bakar hari ini sah bercerai talak satu pada hari ini.

Lafaz cerai yang dihantar oleh suaminya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)  pada Mei lalu, disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Takziah kepada Abby Abadi dan bekas suaminya. Semoga masing-masing menemui kebahagian masing-masing..Insyallah..


Comments are closed.

Loading...