Abby Abadi Respon Perhubungan Tanpa Restu Ibu Bapa – “Macam Merugikan Diri Sendiri, Fikir Jauh Sikit”

Hiburan

Abby Abadi Respon Perhubungan Tanpa Restu Ibu Bapa – “Macam Merugikan Diri Sendiri, Fikir Jauh Sikit”

Di platform Threads, seorang wanita mencuri perhatian selepas meluahkan kisah percintaannya yang sudah bertahun-tahun namun masih tidak menemui penghujung bahagia.

Menurut wanita tersebut, yang menggunakan nama @syakira.k91, kekasihnya masih tidak berani mengajak berkahwin kerana keluarganya tidak merestui hubungan mereka.

Advertisement

“Bercinta dah bertahun tapi boyfriend masih tak berani nak ajak kahwin sebab keluarga dia tak berkenan dengan kita,” tulisnya.

Luahan itu kemudian mendapat perhatian ramai, termasuk penyanyi dan pelakon, Abby Abadi.

Menerusi ruangan komen, Abby menegaskan bahawa wanita terbabit sebenarnya sedang merugikan diri sendiri jika terus bertahan dalam hubungan tanpa kepastian.

Abby Abadi

“Macam merugikan diri sendiri. Sila nilai diri dengan lebih baik, fikir jauh sikit,” tegurnya.

Komen Abby itu turut menerima sokongan ramai netizen yang bersetuju bahawa seseorang tidak sepatutnya menunggu tanpa kepastian, terutama apabila keluarga pasangan sendiri tidak merestui hubungan tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

abby abadi
2025-11-20 10:13:02

Netizen Dakwa Abby Abadi Tak Restu Hubungan Anak Lelaki Dengan Wanita Singapura, Danish Hakim Beri Respon - "Jaga Urusan Sendiri"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...