June 2nd, 2016

Beberapa bulan lepas, pelakon Abby Abadi ada menyampaikan satu berita yang agak sedih dimana beliau mengalami keguguran sewaktu menunaikan umrah. Abby menyedari beliau keguguran selepas mengalami tumpah darah di Madinah.

Walaubagaimanapun, Abby menerusi akaun Instagramnya bagaimanapun redha dengan ketentuan takdir buat dirinya.

Namun, sebagai seorang wanita yang kini bahagia dengan suami tercinta, Abby masih lagi ingin menambah zuriat.

Ia boleh dilihat apabila sejak akhir-akhir ini Abby dan suaminya Jai Ezzany sering bergambar dengan seorang bayi yang cukup comel bernama Adib.

Dalam diam, hati Abby terdetik untuk megambil anak angkat dan beliau sendiri ada meluahkan hasratnya itu di Instagram.

Kalau ambil anak angkat pun apa salahnya bukan? Ada juga selebriti tanah air kita yang mengambil anak angkat seperti Erma Fatima dan Umie Aida. InshaAllah, keluarga Abby Abadi juga akan lebih meriah bukan? Hehe..kalau niat itu baik tentu ia akan dipermudahkan.


Comments are closed.

Loading...