Susah ingin memuaskan hati seorang manusia bernama Abby Abadi ini. Umum mengetahui yang ramai rakyat Malaysia, sama ada ditaja oleh kerajaan atau NGO telah pergi ke Gaza untuk memberi bantuan sewajarnya. Abang Nara pelik apabila usaha murni ini dipertikaikan oleh Abby Abadi.
Tujuan mereka yang pergi ke Gaza mengupload gambar ialah untuk berkongsi keadaan terkini rakyat Palestin di sana. Tidur di hotel sudah tentu untuk mengerakkan ekonomi negara Palestin. Kalau semua tidur di khemah, macam mana ekonomi di sana nak berkembang.
Walaupun tweet Abby Abadi tidak ditujukan kepada rakan artisnya (seperti Heliza, Afdlin Shauki, Bront Palarae dan lain-lain), bagi Abang Nara, Abby sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang lain yang sanggup menggadaikan nyawa untuk ke Gaza. Tak kisahlah bawah tajaan sesiapa pun. Pengorbanan mereka tiada nilainya. Lebih-lebih lagi nyawa jadi taruhan.
Abby sendiri berkata dirinya memberi keutamaan kepada rakan artis lain yang bujang kerana dirinya ada kewajiban menjaga anak dan ibu bapa di Malaysia. Jadi tak perlulah persoalkan orang lain yang berkorban berpisah dengan keluarga untuk berbakti di Gaza. Janganlah semua benda nak dipolitikkan sehingga buta mata hati.