Abby Abadi Nafi Sudah Bernikah

Hiburan

Abby Abadi Nafi Sudah Bernikah

Sebelum ini, berita mengenai Abby Abadi yang telah bernikah dengan Ustaz Khairul Azli hangat diperkatakan. Menurut beberapa sumber, mereka telah bernikah apabila sebuah foto di Instagram Ustaz Khairul menampakkan beliau menghulur senaskah Al-Quran kepada wanita mirip Abby dengan kapsyen seakan-akan sudah memperisterikan wanita tersebut.

Malah, salah seorang pengikut Ustaz Khairul di Instagram  dikenali sebagai @dijayamin telah mengiyakan pertanyaan peminat mengenai status Abby dan Ustaz Khairul.

Advertisement

Menerima ucapan tahniah yang tidak putus daripada peminat, Abby telah tampil menjelaskan beliau masih belum bernikah menerusi laman Instagram miliknya.

AssalamualaikumWarahmatullahi Wabarakatuh. Selamat Pagi. Ada ingat/ sebut tentang ALLAH tak hari ni? Alhamdullilah bersyukur ALLAH panjang kan lagi umur kita yang penuh dosa ini kan. Jadi gunakan lah kesempatan yg ada ini utk lakukan ‘apa sahaja’ kerana DIA k. .
Pagi ni.. Pening nk jawab msg tahniah kata dah nikah. Adehhh.. Senang gila percaya gossip. Tiadasss laa. Sekali lagi Sy ulang: Buat masa ini TIADA. Bila Sy jawab tak dalam msg pagi ni. Ada yg kata nk rahsia la tu… Aduhai. Rahsiakan utk apa? Dah memang takde. Belum sampai jodoh lagi sebab…… Ntahlah…. Panjang nk citer hehe..

Memang ramai yang percaya mereka sudah bernikah sebelum ini, iyalah Abby Abadi juga seakan-akan memberi hint bakal berkahwin apabila memuat naik foto gubahan hantaran dan juga luahan hati penuh bait romantis. Takpelah, kalau ada jodoh kalian nanti siapa tahu.

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...