Abby Abadi Minta Butik Pakaian Muslimah Berpada-Pada Buat ‘Marketing’ – “Lagi Ramai Maki, Lagi Menang Ye Tak?”

Hiburan

Abby Abadi Minta Butik Pakaian Muslimah Berpada-Pada Buat ‘Marketing’ – “Lagi Ramai Maki, Lagi Menang Ye Tak?”

Susulan daripada isu ‘photoshoot’ melibatkan anak perempuan, Marissa Dania dan suaminya Aslam oleh sebuah jenama butik pakaian muslimah sehingga ia menjadi tular, pelakon Abby Abadi tampil memberi respon mengenai isu itu.

Menerusi satu hantaran Insta Story, Abby meluahkan rasa kesal terhadap pihak jenama tersebut yang dianggap seperti menggunakan kesempatan atas kesulitan dan kelemahan orang lain.

Advertisement
abbay abadiSumber : Murai, Instagram  

Menggunakan kesempatan atas kesulitan kelemahan orang lain..Berpada-pada lah…Portal hiburan memang tunggu je konten-konten mengundang macam ni. Lagi ramai maki lagi menang ye tak?.

Sebelum ini, kedua-dua pasangan suami isteri itu menjadi tumpuan warga maya gara-gara muncul bersama dalam sebuah sesi photoshoot dipercayai untuk mempromosikan busana sempena aidilfitri.

Namun, apa yang menjadi punca kekecohan adalah apabila madu Marissa, Misya turut dipelawa untuk menjadi model butik pakaian berkenaan dan tidak dimaklumkan lebih awal mengenai kemunculan pasangan itu.

Malah, kakak kepada Misya, Nadiah turut menuntut permohonan maaf daripada pihak butik berkenaan kerana seakan rakus membuat ‘content’ dan ‘marketing’ tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

umisya
10 months ago

"Owner Spesis Tak Ada Empati" - Butik Muslimah Dikecam Ambil Marissa & Aslam Jadi Model, Kakak Misya Dedah Perkara Sebenar?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...