Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Abby Abadi Melawat Anak Sulung Norman Hakim Dan Memey Suhaiza

Walaupun secara ikhlas Abang Nara agak tidak suka dengan cara Abby Abadi meluahkan pendapatnya di Twitter, namun tindakan Abby untuk melawat anak sulung bekas suaminya, Norman Hakim dan Memey Suhaiza sangat-sangat Abang Nara kagumi.

abby lawat

Advertisement

Untuk anda yang tidak tahu, bayi lelaki hasil perkahwinan Norman dan Memey ini namanya ialah Mohamed Darwisz Hakim. Abby menerusi laman Instagramnya, Abby memberitahu yang dia akan memanggil bayi tersebut dengan panggilan Darwish. Malah Abby juga berharap agar hubungan baik mereka sekeluarga akan berkekalan.

Mohamed Darwisz Hakim ? (tp kita nk panggil Darwish sbb dalam ISLAM membawa maksud ‘Yang Warak’ . Hakim bermaksud ‘Yang bijaksana’. Kita merancang ALLAH yg menentukan segalanya… Semoga hubungan kasih sayang ini berkekalan hingga ke akhirnya.

memey abby
Nampak jelas sinar keibuan di wajah Abby ketika mendukung Darwish. Semoga Abby pun tak lama lagi akan bertemu jodoh. Masih sempat untuk melahirkan seorang anak bersama suami baru. Sama-samalah kita doakan. Kepada Abby, Abang Nara respek anda!!!

P.S: Pok amai-amai versi kucing

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top