Abby Abadi Kongsi Rahsia Boleh Berbaik Dengan Norman Dan Memey

Hiburan

Abby Abadi Kongsi Rahsia Boleh Berbaik Dengan Norman Dan Memey

Bukan mahu mengungkit kisah silam tetapi kalau di imbas kembali kontroversi perceraian Abby Abadi dan Norman Hakim, memang ramai yang meramalkan mereka berdua tidak mungkin boleh berdamai.

Advertisement

Walaubagaimanapun, selepas kedua-duanya membina kehidupan baharu, Abby, Norman dan Memey Suhaiza mampu mengekalkan hubungan dan menjalinkan silaturahim yang baik. Mereka sering dijadikan contoh sebagai sebuah keluarga besar yang bahagia.

Baru-baru ini, Abby menerusi akaun Instagramnya berkongsi rahsia dan tips bagaimana beliau masih boleh berbaik dengan Norman dan Memey selepas apa yang berlaku antara mereka bertiga.

Tentunya kisah mereka ini memberi inspirasi dan menjadi contoh kepada mereka yang melalui pengalaman serupa. Pada pendapat kami, kunci utama untuk berbaik semula dengan bekas isteri ataupun suami selepas bercerai ialah mereka harus ketepikan ego masing-masing selain niat untuk berubah. Barulah boleh bersatu untuk membentuk keluarga harmoni.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

19 Comments

  1. Love

    December 13, 2018 at 4:25 pm

    Nasib baik abby dah kahwin n penah bercerai sblm ni n kahwin lagi… munkin proses tu mengajar… Lau tak sampai laa ni dok menyalahkan mcm lg sorang tuu. Perempuan lau lepas bercerai tak jumpa pasangan mmg problem .. Tp abby lain skt tak jaja kisah silam rumah tangga kira mampu kawal emosi la

Loading...