July 20th, 2012

Maaf sekiranya semenjak dua menjak ini banyak kisah selebriti yang membabitkan dunia politik. Mungkin demam pilihanraya turut menjangkiti diri Abang Nara. Terbaru, semalam Abby Abadi telah pun menghantar borang keahlian seumur hidup PAS kepada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Proses penyerahan telah dilakukan di Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan.

abby abadi

Selepas memberitahu media awal bulan lalu yang dia masih belum bersedia untuk menyertai mana-mana parti politik, kemasukan Abby Abadi ke dalam parti PAS untuk mencari erti perjuangan sebenar dan berkongsi pengalaman hidupnya. Kata Abby:-

Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita. Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini.

Semoga dengan kemasukan Abby ke dalam parti PAS akan memudahkan usaha dakwah dan perkongsian pengalaman yang sedang Abby lakukan. Info dipetik daripada Sinar Harian.
pelangibonda
P.S: Hiasi rumah dgn frame2 cun kini dgn promosi Ramadhan & Syawal! Lawati dan like FB Pelangibonda.


222 responses to “Abby Abadi Kini Sah Ahli PAS Seumur Hidup”

  1. IloveChristian says:

    Aduh hai korang ni. Masuk PAS ke, PKR ke, DAP ke, BN ke, UMNO ke, MIC ke, MCA ke dan semua parti politik tak akan menjamin kita masuk syurga atau neraka. Kita kan dah tahun dunia politik adalah dunia yang paling kotor. SUKA KUTUK MENGUTUK semasa manusia. Dalam islam pun inginkan umatnye bersatu hati. tapi korang yang beragama Islam sendiri tak mengenali agama sendiri. Klu benda ini berlarutan macam mana la orang lain memandang serong terhadap agama Islam itu sendiri. Mujur la, aku ada kawan yang beragama Islam mengatakan “Agama Islam adalah sangat indah, akan tetapi Pemimpin Islam di nergara kita adalah seumpama DAJJAL” Ini adalah sekadar pandangan saya.

Loading...