Pelakon Abby Abadi menitipkan pesanan penuh makna buat anak perempuannya, Marissa Dania yang hadir ke mahkamah bersama Ahmad Aslam bagi urusan tuntutan pengesahan lafaz cerai dan permohonan pengesahan rujuk, hari ini.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Threads dengan memuat naik beberapa foto Marissa, sambil mengingatkan bahawa setiap kesilapan adalah proses pembelajaran untuk menjadi insan yang lebih baik.

Dalam masa sama, Abby turut meluahkan kebimbangan dan mempersoalkan tindakan undang-undang terhadap pihak lelaki dalam isu tersebut, terutama selepas Aslam disahkan telah melafazkan cerai sebanyak dua kali terhadap Marissa.
Menurutnya, keadaan menjadi lebih rumit apabila pasangan itu masih belum mempunyai sijil nikah kerana perkahwinan dilakukan di luar negara.
Status Hubungan Marissa & Aslam Masih Tergantung, Mahkamah Tangguh Keputusan
“Tolonglah Mahkamah Syariah di Malaysia, isu-isu macam ni tak boleh nak bertindak apa-apa ke untuk bagi pengajaran pada pihak lelaki? Dah la nikah luar Malaysia, dengan tiada pengesahan sijil nikahnya.”
“Dah 2 tahun dah, buat pihak perempuan je dipandang hina. Tak menjadi kesalahan ke di Malaysia bila lelaki perangai macam ni? Sesuka hati nak buat apa pun. Kalau mak bapak bertindak kang, takut mak bapak pulak yang ke dalam.” tulis Abby.
Untuk rekod, Marissa Dania dilaporkan bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sebagai isteri kedua.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
