Abby Abadi Kena Influenza, Habis Konsert Terus Masuk Hospital – “Saya Gagahkan Diri Buat Persembahan..”

Hiburan

Abby Abadi Kena Influenza, Habis Konsert Terus Masuk Hospital – “Saya Gagahkan Diri Buat Persembahan..”

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi dikejarkan ke hospital selepas selesai menjayakan konsert Elite Live in Kuala Lumpur yang berlangsung pada malam Sabtu di Plenary Hall, Kuala Lumpur.

Pemilik nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan, 48, memaklumkan kesihatannya mula terganggu sehari sebelum konsert dan kemudian disahkan menghidap virus influenza.

Advertisement

Selepas balik daripada sesi latihan, terus rasa tidak sedap badan tapi belum teruk lagi.

Esoknya, pagi sebelum konsert, ada latihan lagi masa itu dah rasa lain dah badan ni. Saya tetap kuatkan semangat. Saya tetap menjayakan konsert ni walaupun ketika itu saya sudah dah sakit tekak dan selesema.

Bekas isteri kepada pelakon Norman Hakim itu turut mendedahkan suhu badannya ketika kejadian mencecah 40 darjah Celsius sehingga membuatkan dirinya hilang fokus.

Lemah rasa badan, itu yang hilang fokus. Saya minta maaf kepada semua yang terlibat terutamanya anggota Elite, X Factor dan yang datang menyaksikan konsert Elite. Berehatlah sekejap Abby Abadi. Konsert pun dah selesai.

Perkongsian Abby itu mendapat perhatian ramai, malah rata-rata peminat dan warganet menitipkan doa agar beliau segera diberikan kesembuhan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

watie sadali linda rafar
2025-09-21 18:34:14

"Tak Payahlah 'Throwback'.." - Watie Sadali Sakat Linda Rafar, Imbau Zaman Romantik Bersama Edry Abdul Halim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...