Sekarang ini, Abby Abadi sibuk memberi ceramah di majlis-majlis agama. Pasti ada yang tertanya-tanya sama ada Abby akan berlakon kembali. Abang Nara yakin ramai peminat yang merindui lakonan mantap Abby Abadi. Persoalannya, adakah Abby Abadi akan berlakon semula selepas berhijrah?
Dan Abang Nara ada berita baik untuk anda semua. Abby Abadi mengakui yang dirinya masih sayang dan rindu pada dunia lakonan. Malah Abby berharap yang dia akan dapat berdakwah menerusi lakonannya sekiranya ada tawaran yang sesuai. Kata Abby kepada Sinar Harian:-
Secara jujurnya, saya rindu berlakon lagi. Saya masih sayangkan dunia lakonan dan teringin kembali berlakon seperti dahulu.Ramai beranggapan yang saya tidak akan berlakon lagi, malah ada yang meletakkan saya sebagai bekas pelakon. Walaupun imej saya sudah berubah, namun saya masih boleh berlakon dan berdakwah menerusi lakonan. Mungkin saya harus lebih selektif, tetapi jika ada yang benar-benar sesuai, saya tidak akan menolak.
Abang Nara rasa sekarang ini pun dah banyak watak dalam drama yang menampilkan ciri-ciri keislaman yang sejati. Mungkin Abby sesuai untuk memegang salah satu daripada watak itu. Apa pun kata orang, kalau ada rezeki, takkan ke mana. Semoga satu hari nanti Abby akan membuat comeback dalam dunia lakonan.
Anonymous
October 29, 2012 at 9:07 am
Jaga kening tu…
Pingback: Hot Trending For 2012.10.27 : Abby Abadi | Rock It MySelebriti
Pingback: Hot Trending For 2012.10.26 : Abby Abadi | Rock It MySelebriti
Anonymous
October 16, 2012 at 10:00 am
ibarat mak ketam yg mengajar anak ketam berjalan betul.. huhuhu… mak ketam pun jalan tak betul.. hehehe…. layan kan je la..
kambing
October 16, 2012 at 9:24 am
pesanan buat abby, yatt atau mana2 artis yang nak berhijrah…jgn anggap pakai tudung tu mcm satu benda yang boleh diagungkan sampai naik riak diri. tutup aurat adalah wajib dan untuk memupuk kesederhanaan dalam diri…orang pakai tudung dari kecik pun tak eksyen pun…. jgn riak dan expose sgt.. kamu tu patut jd role model kpd masyarakat..