Menjelaskan sebab mengapa dirinya sering memuat naik foto anak perempuannya, Marissa Dania Hakim, di Instagram berbanding foto anak-anaknya yang lain selepas ada yang mendakwa dia bersikap pilih kasih, pelakon Abby Abadi tampil menjelaskan ia berikutan ulang tahun kelahiran Dania yang baru disambut pada hari Ahad lalu.
“Satunya dah ni kebetulan birthday Dania, jadi banyaklah gambar dia hehe. Pastu baby Danisha saya tu tak suka bergambar, taknak dia posing macam kakaknya ni. Karakter berbeza.”
https://www.instagram.com/p/CCQWqLhj63Q/
Pelakon drama Gerak Khas itu menjelaskan perkara berkenaan di laman Instagram miliknya selepas wujud segelintir pihak yang mempertikaikan tindakannya itu. Ujar Abby, dirinya hanya melayan kesemua anak-anaknya sama rata tanpa ada beza.
“Takdanya saya lebihkan Dania. Semua anak sama rata ja saya layan. Yang komen tu, cara dia macam tak puas hati ja, walhal dah 8888 kali saya cerita.”
Terdahulu, Abby pernah berkahwin dengan Norman pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008. Hasil perkahwinan itu, Abby dan Norman dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
https://www.instagram.com/p/CCSOI9lDp26/
Bagaimapun, Abby kemudian mendirikan rumah tangga bersama Faizal pada 14 Ogos 2015. Pasangan itu dikurniakan bayi pra-matang tahun lalu, namun meninggal dunia selepas 70 hari dilahirkan.
Sehingga kini, Abby dan suami sudah memiliki tiga orang anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyadh, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa.
Sumber: Gempak