Abby Abadi Disihir, Terkilan Dengan Zul

Hiburan

Abby Abadi Disihir, Terkilan Dengan Zul

Wow. Selama ini Abang Nara hanya mendengar desas-desus kewujudan sihir untuk menjatuhkan pesaing di dalam dunia hiburan. Tak sangka rupa-rupanya memang wujud. Salah seorang mangsanya tak lain tak bukan Abby Abadi yang menceritakan perkara tersebut kepada wartawan Mstar.

abby abadi disihir

Advertisement

Kata Abby, sihir yang dihantar menyebabkan badannya menjadi sakit, tidak mampu berjalan, sukar untuk tidur dan sakit pinggang yang teruk. Sebelum mendapat tahu disihir, Abby telah pun pergi berjumpa doktor dan doktor menyatakan yang dirinya tidak ada masalah. Sebab itulah Abby Abadi dapat tahu dirinya disihir oleh mereka yang dengkikannya. Kata Abby:-

Sebelum mendapat tahu terkena buatan orang, saya telah ke hospital sebanyak dua kali pada November lalu untuk mengesan penyakit saya itu tetapi doktor berkata saya tidak mempunyai sebarang masalah. Kemudian, barulah saya membuat rawatan secara tradisional pula dengan pelakon Ashraf Muslim. Memang waktu itu keadaan tubuh badan begitu teruk tetapi saya tetap gagahkan diri kerana mempunyai komitmen dengan penggambaran drama Pelangi Kasih dan Mulanya Di Sini.

Kini Abby semakin pulih selepas mendapatkan rawatan secara tradisional. Namun Abby masih mengambil langkah berhati-hati kerana sihir tersebut boleh datang balik sekiranya tidak berhati-hati. Sementara itu apabila diminta mengulas kenyataan Zul Ariffin yang menyatakan tidak lagi mengingati dirinya, Abby berkata:-

Entahlah, saya pun tak tahu nak cakap apa sebab dia memberikan kenyataan yang berbeza. Pada mulanya, dia cakap, masih lagi sayang dan mengingati saya dan sekarang, lain pula ceritanya.Bagaimanapun, saya tak dapat nafikan bahawa perasaan sedikit terkilan itu ada. Memang ada beberapa perkara yang saya tidak boleh jelaskan di sini yang masih belum selesai di antara kami.

Macam-macam dugaan yang melanda diri Abby Abadi. Mungkin ini satu petanda agar Abby cepat-cepat mendirikan rumah tangga kembali. At least ada orang yang jaga. Rasanya ramai yang menanti untuk bergelar suami Abby. Lupakanlah sahaja Zul tue. Kumbang bukannya seekor. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...