Pelakon, Abby Abadi tampil memberikan respon terhadap komen netizen susulan isu rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania bersama pempengaruh media sosial, Ahmad Aslam yang kembali menjadi perhatian.
Menerusi satu hantaran di Threads, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menjelaskan bahawa sejak awal lagi dia tidak menyalahkan sebelah pihak sahaja, sebaliknya melihat kedua-duanya mempunyai peranan dalam situasi tersebut. Namun, sebagai seorang lelaki, beliau mempersoalkan tindakan Aslam yang sepatutnya memainkan tanggungjawab penting terutama melibatkan urusan dokumentasi perkahwinan.



“Dari awal saya memang salahkan dua-dua, bertepuk sebelah tangan, takkan berbunyi. Ni sekarang ni saya ulas apa yang berlaku hari ini. Sebagai lelaki, Aslam la kena main peranan .”
“Bertahun dah Marissa tu kena maki hamun, untuk urusan dokumentasi semua, function la sikit pihak lelaki. Pastu lafaz cerai tu semua kan dari lelaki.”
“Buat main anak orang tu macam kurang ajar sangat tu. Marissa bukan anak yatim piatu. Masih ada maknya yang hidup segar bugar lagi ni.”
Dalam masa sama, Abby turut mempertahankan tindakannya bersuara mengenai isu tersebut atas kapasiti sebagai seorang ibu. Menurutnya, dia sudah lama berdiam diri walaupun melihat anaknya berdepan kecaman dan hinaan selama tempoh perkahwinan tersebut.

Abby turut menegaskan bahawa tindakannya bersuara bukan untuk menuding jari semata-mata, tetapi sebagai seorang ibu yang mahu mempertahankan anaknya daripada terus menjadi sasaran kecaman masyarakat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
