Abby Abadi Dakwa Imej Blackpink Terlampau Seksi, Hairan Konsert Tiada Bantahan

Hiburan

Abby Abadi Dakwa Imej Blackpink Terlampau Seksi, Hairan Konsert Tiada Bantahan

Kumpulan K-Pop terkenal, Blackpink semalam menggegarkan pentas Malaysia dengan persembahan cukup bertenaga dan menghiburkan, ditambah pula dengan aksi comel mereka yang memikat hati. Katanya, seramai 8,000 orang peminat tegar kumpulan tersebut membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam.

Advertisement

 

Dikala semua pengguna media sosial heboh memperkatakan tentang kemeriahan konsert tersebut, selebriti Abby Abadi menerusi akaun Instagramnya memuat naik satu kenyataan yang agak panas. Abby mempertikaikan mengapa tiada pula bantahan ataupun protes yang dilakukan untuk membantah penganjuran konsert berkenaan sedangkan ahli kumpulan Blackpink berpakaian agak seksi.

Kenyataan Abby itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Mereka berpendapat Abby tidak perlu terus mencari kesalahan serta mengkritik cara hidup orang lain sedangkan beliau sebelum ini juga mempunyai masa silam tersendiri.

Konsert sulung Blackpink di Malaysia merupakan sebahagian daripada siri jelajah dunia BLACKPINK 2019 World Tour (In Your Area) dan berlangsung selama dua hari pada 23 dan 24 Februari 2019.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...