Abby Abadi Cuba Jodohkan Marissa Dengan Jejaka Ini, Netizen Beri Nasihat – “Jangan Kak Dia Ni Red Flag”

Hiburan

Abby Abadi Cuba Jodohkan Marissa Dengan Jejaka Ini, Netizen Beri Nasihat – “Jangan Kak Dia Ni Red Flag”

Satu perkongsian pelakon dan penyanyi sensasi Abby Abadi tampil mencuri tumpuan ramai di Threads.

Dalam hantaran itu, Abby dilihat memuat naik semula video anaknya, Marissa Dania yang makan bersama seorang jejaka dipercayai pempengaruh di media sosial.

Advertisement

Tulis Abby, dia tidak boleh tidur memikirkan siapakah jejaka itu.

Tak boleh tidur, jumpa video ni kat Facebook. Dipos setahun yang lalu? Ke 2 tahun yang lalu. Baru tahu ada yang berangan nak jadi menantu. Siapa kenal ni, meh info jap, nak ajak kopi.

Perkongsian Abby Abadi itu kemudiannya mengundang pelbagai respon daripada netizen.

Rata-ratanya meluahkan rasa terhibur namun ada juga yang menasihatkan agar Abby Abadi berhenti ‘menjodohkan’ anaknya itu kerana status Marissa masih lagi isteri Aslam.

Sebelum ini, Abby Abadi meluahkan rasa sedih apabila mengenangkan anaknya seperti terabai dalam perkahwinan.

Malah, dalam nada berlapik, Abby berkata perasaannya itu diwakili netizen yang prihatin dengan nasib Marissa sebagai isteri kedua.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

netizen tegur Abby Abadi cuba runtuh rumah tangga anak
2025-08-26 11:58:31

Individu Tegur Abby Abadi 'Kenen' Marissa Dania Dengan Lelaki Lain - "Berdosa Runtuhkan Masjid Anak Sendiri..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...