Abby Abadi Buka Mulut Isu Marissa Dilabel ‘Penyondol’ – “Dalam Hal Ini Saya Salahkan Dua-Dua”

Hiburan

Abby Abadi Buka Mulut Isu Marissa Dilabel ‘Penyondol’ – “Dalam Hal Ini Saya Salahkan Dua-Dua”

Kisah perkahwinan di Songkhla, Thailand di antara Marissa Dania dan suami, Aslam membuatkan ramai netizen melabel anak kepada Abby Abadi dan Norman Hakim itu sebagai perampas suami orang atau dalam kata lain, ‘penyondol’.

Berikutan itu, Abby dalam satu sesi wawancara baru-baru ini tampil mengulas mengenai isu tersebut.

Advertisement

Kedua-duanya patut dipersalahkan

Ujar Abby, hal seperti itu tidak sepatutnya hanya satu pihak dipersalahkan.

Saya sebenarnya dalam situasi seperti ini selalu melihat kepada kedua-dua pihak. Saya tidak salahkan satu pihak. Kalau nak salahkan, salahkan dua-dua. Salahkan lelaki, salahkan perempuan.

Dan perempuan memang tentu salah sebab dia menjadi orang ketiga. Salahkan lelaki juga kerana lelaki itu bukan anak patung yang boleh dibawa ke sana ke mari oleh pihak ketiga, tidak.

Jadi apa yang saya nak cakap, saya tak tahu mana datang istilah penyondol tapi tak patutlah menyalahkan pihak ketiga sahaja kerana lelaki pun ada salah juga.

Tidak tahu sejak bila Marissa bercinta dengan Aslam

Abby dalam pada itu mendedahkan bahawa dia tidak menyedari anak gadisnya itu terjebak bercinta dengan suami orang kerana Marissa seorang yang pendiam dan jarang berkongsi cerita dengannya.

Saya memang tidak sedar bila mereka bercinta. Apa yang saja tahu, Aslam dan Marissa pernah satu sekolah. Sejak bila mereka berkawan atau punya hubungan ke apa ke memang di luar pengetahuan saya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Memey
9 months ago

"Tak Fikir Langsung Perasaan Abby" - 'Post' Video Berbuka Bersama Marissa, Ramai Anggap Memey Tak Ada Sensitif Isu Semasa

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...