Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi akui sudah hilang sabar apabila sebuah syarikat tekstil didakwa gagal menyiapkan tempahan tudung bagi perniagaan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim mengikut tempoh yang ditetapkan.
Banyak beri alasan
Menerusi hantaran di Threads, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan berkata, sebelum ini pihaknya dimaklumkan proses menyiapkan tempahan itu dilakukan selama dua minggu namun selepas dua bulan hasil produk yang dijanjikan itu masih tiada.
Menurut Abby, syarikat tekstil tersebut mahu membayar semula wang deposit yang dibuat sebanyak RM9,900 namun pelbagai alasan diterima.
Saya akan padam hantaran ni bila dah selesai, hilang sabar dan sebab banyak sangat alasan.
Saya perlu dapatkan balik dari sebuah syarikat tekstil sebab pesanan tudung saya dekat dua bulan tak siap-siap dengan pelbagai alasan. Konon kata bayar penuh dua minggu siap, ni nak dekat dua bulan dah.
Bila kita bising dia kata nak bagi bayaran balik, suruh kita pula tunggu sampai 15 hari, saya tak boleh tunggu dah.
Dalam hantaran lain, pelakon itu dipercayai menuntut bela bagi perniagaan tudung yang diusahakan oleh Marissa.
Abby mahu buat laporan polis
Abby turut memberitahu dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis jika tiada tindakan lanjut dibuat oleh syarikat berkenaan.
Dengan anak saya pihak awak (wakil syarikat) beri surat, proses refund 40 hari. Dengan saya kata kena tunggu 15 hari. Mana satu ni? Tak apa, saya tunggu akaun kena beku ya. Kita minta campur tangan polis.
Dalam pada itu, Abby turut mendakwa syarikat tekstil itu mempunyai rekod buruk yang juga pernah menipu pelanggan lain sebelum ini.
Rupanya dah ramai orang yang kena (tipu). Syarikat ni dari 2021 dah banyak kes rupanya. Kalini memang kena, rasa macam tempat sama saya pernah kena sebelum ni.
Salah orang kali ini, memang saya akan lawan sampai dapat. Saya nak dia refund duit saya apa cara sekali pun.
View on Threads
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.