May 28th, 2020

Umum mengetahui bahawa Abby Abadi dan Norman Hakim mengekalkan hubungan yang baik di antara satu sama lain meskipun memilih untuk berpisah pada tahun 2008 selepas 6 tahun berkahwin.

Bahkan kesemua anak-anak bekas pasangan itu mempunyai hubungan yang baik dengan adik-beradik tiri mereka. Kadang-kadang majlis hari jadi pun disambut sekali. Ini membuktikan bahawa pasangan yang berpisah sebenarnya boleh mengekalkan hubungan yang baik.

keluarga abby abadi dan norman hakim

Sama juga seperti tahun ini apabila pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza serta pasangan Abby Abadi dan Jai telah menyambut lebaran bersama.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah apabila Abby Abadi memuat naik satu video yang merakamkan kedua-dua pasangan itu bersalaman dan memohon maaf antara suami dan isteri masing-masing.

 

View this post on Instagram

 

Senda Gurau PKP ?? @jaiezzany @normanhakim_786 @memeysuhaiza . Dato Sri @aliffsyukriterlajaklaris Sy dapat dah content utk Abby Abadi Channel.. haha.. masuk sini sikit, yg panjang masuk utube kan? ? Nanti malam Sy masukkan ke utube pulak ye.. biar panas! ? . ps: rasa2 Oman nak tak salam dgn Sy?? ??

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Walaupun hanya sekadar gurauan, ramai netizen yang sepertinya tidak menyukai tindakan Abby Abadi yang cuba bersalaman dengan Norman Hakim sambil disaksikan oleh Memey dan Jai.

Bagi segelintir netizen, Abby Abadi sepatutnya menjaga batasan dengan bekas suaminya itu tambahan pula wanita itu menonjolkan imej muslimah.

Pun begitu, ada juga yang terhibur melihat telatah Abby Abadi yang tidak segan untuk mengusik bekas suaminya itu.

Lain pasangan, lain cara gurauannya. Sekiranya pasangan masing-masing tidak kisah, jadi sepatutnya tidak menjadi masalah kepada orang lain juga.

Sumber: Forum CARI


3 responses to “Abby Abadi Bergurau Mahu ‘Bersalaman’ Dengan Norman Hakim, Timbul Rasa Kurang Senang Netizen”

  1. Anonymous says:

    okay la gurau senda je. memey pon okay je. okay la dari dorang duk gaduh macam dulu2 tu. Netizen pon semua tak kene

  2. albabihalal says:

    sama sama gatal, apalagi dok tunggu swinger couple la

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Loading...