Abby Abadi Bergurau Mahu ‘Bersalaman’ Dengan Norman Hakim, Timbul Rasa Kurang Senang Netizen

Hiburan

Abby Abadi Bergurau Mahu ‘Bersalaman’ Dengan Norman Hakim, Timbul Rasa Kurang Senang Netizen

Umum mengetahui bahawa Abby Abadi dan Norman Hakim mengekalkan hubungan yang baik di antara satu sama lain meskipun memilih untuk berpisah pada tahun 2008 selepas 6 tahun berkahwin.

Bahkan kesemua anak-anak bekas pasangan itu mempunyai hubungan yang baik dengan adik-beradik tiri mereka. Kadang-kadang majlis hari jadi pun disambut sekali. Ini membuktikan bahawa pasangan yang berpisah sebenarnya boleh mengekalkan hubungan yang baik.

Advertisement

keluarga abby abadi dan norman hakim

Sama juga seperti tahun ini apabila pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza serta pasangan Abby Abadi dan Jai telah menyambut lebaran bersama.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah apabila Abby Abadi memuat naik satu video yang merakamkan kedua-dua pasangan itu bersalaman dan memohon maaf antara suami dan isteri masing-masing.

Walaupun hanya sekadar gurauan, ramai netizen yang sepertinya tidak menyukai tindakan Abby Abadi yang cuba bersalaman dengan Norman Hakim sambil disaksikan oleh Memey dan Jai.

Bagi segelintir netizen, Abby Abadi sepatutnya menjaga batasan dengan bekas suaminya itu tambahan pula wanita itu menonjolkan imej muslimah.

Pun begitu, ada juga yang terhibur melihat telatah Abby Abadi yang tidak segan untuk mengusik bekas suaminya itu.

Lain pasangan, lain cara gurauannya. Sekiranya pasangan masing-masing tidak kisah, jadi sepatutnya tidak menjadi masalah kepada orang lain juga.

Sumber: Forum CARI

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...