Abby Abadi Berangan Adakan Majlis Resepsi Untuk Marissa Dania – “Dia Juga Berhak Diraikan Sebaiknya”

Hiburan

Abby Abadi Berangan Adakan Majlis Resepsi Untuk Marissa Dania – “Dia Juga Berhak Diraikan Sebaiknya”

Pelakon Abby Abadi meluahkan harapan agar anak perempuannya, Marissa Dania, berpeluang mengadakan majlis resepsi perkahwinan yang indah serta diraikan mengikut adat dan budaya.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, berkata sebagai seorang ibu, dia sentiasa mendoakan kebahagiaan anaknya dan berharap Marissa dikurniakan rezeki untuk menikmati detik bersejarah yang bermakna.

Advertisement

Saya tengah berangan, doakan untuk anak saya Marissa Dania ada rezeki merasa majlis yang indah-indah.

Supaya menjadi kenangan abadi untuk diri dia. Sebab dia juga berhak diraikan sebaiknya.

Tambah Abby lagi, dia turut menitipkan doa agar segala urusan anaknya dipermudahkan serta dikurniakan ketenangan dalam menjalani kehidupan berumah tangga.

Semoga ada rezeki untuk anak ini. Majlis yang serba indah, yang penuh ketenangan.

Serikanlah wajahnya dengan cahaya kebahagiaan. Lapangkanlah jiwa raganya dan peliharalah kehidupannya daripada segala ujian yang melemahkan iman.

Sekadar info, Marissa Dania telah mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Aslam sebagai isteri kedua di Thailand pada 27 Disember 2023. Difahamkan, sehingga kini pasangan berkenaan masih belum mengadakan sebarang majlis resepsi secara rasmi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

abam bocey
2025-12-27 13:13:35

Hidayah Buat 'Trend Goodbye' Di Kubur Abam Undang Kecaman Netizen - "Arwah Tetap Jadi Suami Saya Di Syurga"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...