Seorang lelaki didakwa menembak adik lelakinya sehingga mati kerana pembelian mi segera.
Lapor The Star, insiden itu berlaku di Nabawan, Keningau, kira-kira 180km dari Kota Kinabalu. Ia bermula dengan pertengkaran adik-beradik, apabila manga memarahi abangnya kerana menyuruh anak lelakinya membeli beberapa bungkus mi segera.
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintenden Douglas Nyeging Taong berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu menyerang abangnya dengan sebilah pedang samurai. Merasakan nyawanya terancam, si abang kemudiannya mengeluarkan satu senjata buatan sendiri dipanggil ‘bakakuk’ dan menembak adiknya.
DSP Douglas berkata mangsa terbunuh kerana pendarahan teruk, dan abangnya kini ditahan reman.-amazingnara.com