Abang Posmen Termenung Sedih Diberitahu Tak Dapat Bonus Walaupun Kerja Menimbun Sejak PKP

Trending

Abang Posmen Termenung Sedih Diberitahu Tak Dapat Bonus Walaupun Kerja Menimbun Sejak PKP

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa pada 18 Mac lalu, orang ramai kini lebih selesa membuat pembelian secara atas talian. Sekaligus menjadikan pembelian ‘online’ semakin mendapat permintaan yang tinggi dan menyebabkan beribu-ribu parcel yang diterima setiap hari.

Baca: “Orang Ramai Diminta Sabar Menunggu”, Pos Malaysia Terima 600 Ribu Parcel Sehari Sejak PKP

Advertisement

Dengan lambakan parcel yang diterima, pastinya membuatkan kerja pekerja-pekerja di bahagian penghantaran ini meningkat berkali ganda dari biasa. Tetapi yang sedihnya, walaupun kerja meningkat namun tiada bonus yang diberikan kepada mereka. Luahan seorang netizen mengenai isu ini baru-baru ini di Twitter menarik perhatian ramai.

Termenung sedih.

Menurutnya, abang posmen itu menerima panggilan telefon selepas menghantar barangan yang dibeiinya itu. Beberapa ketika kemudian, abang posmen itu terduduk dan termenung sedih dalam keadaan basah lencun akibat hujan. Rupa-rupanya, dia baru saja dimaklumkan tidak menerima bonus untuk tahun ini.

“Ada org call dia, lepas jawab call tu dia terus duduk termenung disitu dalam keadaan basah lencun, masa tu tengah hujan lebat, aku tengok muka dia memang nampak sedih.”

Abang posmen itu memberitahu sebelum ini tidak pernah lagi jadi seperti ini kerana tahun lepas dia dapat juga bonus dalam RM1000. Lebih menyedihkan, dia terpaksa menanggung keluarganya selepas ayahnya meninggal dunia 3 tahun lepas. Ditambah pula dengan hutang motor, rumah sewa dan macam-macam lagi.

“Bukankah sejak PKP ni barang Poslaju semakin banyak sangat?”


Pengguna Twitter ini turut berpendapat tidak adil nasib sebegini diperlakukan kepada mereka yang bekerja sebagai posmen ketika ini. Jika diikutkan, syarikat penghantaran mendapat keuntungan yang meningkat ketika tempoh PKP ini. Seharusnya, usaha kerja keras mereka dibalas dengan setimpalnya.

Tambahnya lagi, tidak wajar untuk jadikan COVID-19 sebagai alasan untuk tidak bayar bonus kepada pekerja memandangkan jumlah pelanggan meningkat berkali ganda. Dia juga berharap pihak berkenaan dan kerajaan Malaysia dapat membantu pihak posmen di Malaysia yang dianggap wira tidak didendang ketika ini.

Untuk memahami bagaimana keadaan sebenar di syarikat penghantaran ketika PKP ini, anda boleh baca artikel kami di pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Realiti Sebenar Pekerja Perkhidmatan Kurier Dalam Melayani Kerenah Pelanggan Sepanjang Tempoh PKP

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...