Sebenarnya Abang Nara memang dah lama berniat nak masuk Raja Lawak. Tahun lepas pun dah nak pergi dah tapi tak jadi di saat-saat akhir atas sebab tertentu. Dan minggu lepas, Abang Nara terbang ke Kuching untuk melihat audition Raja Lawak di sana.Memang terbaik. Bila dah tengok audition RL5 di Kuching, terasa makin teruja nak pergi audition di The Mall, Kuala Lumpur hujung minggu ini.
Sebenarnya inilah pertama kali audition Raja Lawak dijalankan di Kuching, Sarawak. Orang Kuching memang happening dan best. Ramai sungguh yang turun mencuba nasib. Tempat audition kat Kuching Waterfront memang penuh dengan orang ramai yang datang menonton. Cuma kadang-kadang tue lawak diorang Abang Nara tak faham sangat. Maklumlah guna bahasa Sarawak. Tapi Abang Nara layan je gelak sebab semua penonton pun gelak time tue.
Juri di Sarawak adalah abang OS kita. Lama sungguh tak dengar khabar abang Os. Abang Nara nampak dia masih sihat dan masih mantap lagi lawak dia. Seronok tengok dia perkenakan Johan dan Zizan masa audition tue. Memang semua orang gelak gila-gila punya. Os masih hebat macam dulu lagi. Lawak Os memang boleh buat orang pecah perut.
Untuk pengetahuan, Raja Lawak sudah pun masuk musim ke 5. Selepas mencari bakat di Kuantan, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Kuching, minggu ini, 6 dan 7 November ujibakat Raja Lawak 5 akan tiba di Kuala Lumpur. Adakah anda rasa anda berbakat. Kalau teringin mencuba di bawah ini ada detailnya:-
[note]Pada | 6 & 7 November 2010 (Sabtu dan Ahad)
Masa | 10.00 pagi– 10.00 malam
Tempat | Concourse Area, The Mall, Kuala Lumpur[/note]
Juri pada hari tersebut adalah Afdlin Shauki dan Sathiya. Johan dan Zizan juga akan turut hadir memeriahkan majlis. Selain itu ada jugak persembahan hebat dari Shahir dan Adira AF8. Dan paling penting, Abang Nara rasanya akan datang pada hari Ahad untuk sesi uji bakat Raja Lawak. Tapi itu bergantung kepada daya ketahanan mental pada hari tersebut.
Jumpa ada Sabtu dan Ahad ini di audition Raja Lawak 5 di The Mall, Kuala Lumpur. Lebih info klik Astro Raja Lawak 5.