Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Abang Nara Yang Terlebih Excited Dengan Animasi The Lion Guard Ini

Masa kecil-kecil dahulu, salah satu kartun kegemaran Abang Nara ialah The Lion King. Setiap kali The Lion King keluar dalam tv, mesti Abang Nara akan duduk tengok tak gerak-gerak. Seronok tengok keletah, dugaan dan cabaran yang perlu dilalui oleh Simba sebelum menjadi raja binatang.

the lion guard

Advertisement

Pengembaraan Simba di dalam filem The Lion King banyak mengajar Abang Nara tentang erti persahabatan, keberanian dan juga kepentingan hubungan kekeluargaan. Senang cerita, The Lion King adalah salah satu filem Disney kegemaran Abang Nara. Selama 22 tahun (The Lion King ditayangkan pada tahun 1994) Abang Nara menunggu sambungan filem ini, akhirnya penantian tersebut berakhir jua.

the lion guard

Jeng, jeng, jeng. Mempersembahkan The Lion Guard!!! Yeahhh~~~ Abang Nara excited tak ingat nie. The Lion Guard mengisahkan liku-liku perjalanan Kion (anak kepada Simba dan Nala) serta rakan-rakannya sebagai ahli The Lion Guard yang merupakan pelindung kepada Pride Lands, tempat tinggal mereka. Animasi terbaru ini telah mula ditayangkan di Disney Junior pada Isnin 20 Jun tepat jam 9.30 pagi. Abang Nara akan pastikan Aariz dan Arissa menjadikan The Lion Guard sebagai salah satu kartun feveret diorang. Hehehe.

the lion guard

inilah Kion, watak utama The Lion Guard

Walaupun watak utama animasi The Lion Guard ini adalah Kion dan rakan-rakannya seperti Bunga, Fuli, Beshte dan Ono, watak-watak daripada filem The Lion King seperti Simba, Nala, Raffiki, Zazu, Mufasa, Timon, dan Pumbaa akan membuat kemunculan istimewa serta memberikan nasihat kepada Lion Guard yang baru. Bolehlah mengubat rindu di hati ini melihat aksi Simba. Mesti Simba dah besar, gagah dan matang dah.

the lion guard

Advertisement

Animasi The Lion Guard ini mengajar erti semangat berpasukan, persahabatan dan juga kepelbagaian. Di dalam setiap episod, Kion dan rakan-rakannya akan menggunakan kelebihan masing-masing untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai Lion Guard. Kion dengan kebengisannya, Bunga dengan keberaniannya, Fuli dengan kepantasannya, Beshte dengan kekuatannya dan Ono dengan ketajaman matanya. Mereka bekerjasama, bersatu dan menggunakan keistimewaan yang dimiliki untuk melindungi tempat tinggal mereka. Bagus kan?

the lion guard

Sekali lagi diingatkan, episod The Lion Guard akan ke udara menerusi Disney Junior setiap hari daripada Isnin sehingga Jumaat tepat jam 9.30 pagi. Abang Nara memang akan pastikan Aariz dan Arissa tidak akan terlepas satu episod pun animasi ini. Lepas korang dah tengok cerita The Lion Guard, Abang Nara nak tanya, ahli The Lion Guard yang mana satu pilihan anda dan kenapa? Mana tahu korang punya pilihan sama dengan Abang Nara, boleh kita kongsi pendapat sikit.

Kalau dulu Abang Nara peminat setia The Lion King, kali ini Abang Nara nak 2 orang anak tercinta menjadi peminat setia The Lion Guard pula. Turun-temurun gitu. Untuk maklumat lanjut layari www.disneyjunior.asia.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top