Abang Nara Teruja Nak Jadi Ayah ~~~~

Hiburan

Abang Nara Teruja Nak Jadi Ayah ~~~~

Sebulan selepas berkahwin,  tengah syok Abang Nara mengupdate blog, tup-tup wife yang datang ke meja Abang Nara dengan muka comelnya yang teruja. Dalam hati, Abang Nara berkata, “Buang tabiat ke apa bini aku nie”. Tiba-tiba wife Abang Nara menghulurkan sesuatu.

dumil mama

Advertisement

“Ya Allah, biar betik nie”, terus Abang Nara menjerit sambil memeluk wife. Esoknya terus Abang Nara bawak wife pergi klinik untuk mengesahkan berita gembira ini. Alhamdulillah, wife Abang Nara disahkan mengandung.Mengikut kata doktor, masa kami berdua honeymoon di Korea pun wife dah mengandung.

dumil mama

Bila dah mengandung, benda yang paling penting sudah tentu kesihatan si ibu dan kandungan. Wife Abang Nara terus beli buku guide pregnancy week by week untuk memastikan kandungan kami berkembang sepatutnya. Daripada buku ini jugaklah kami berdua tahu yang ibu mengandung memerlukan zat tambahan yang secukupnya untuk tumbesaran kandungan yang sempurna.

dumil mama

Hampir seminggu jugak kami berdua buat research di Internet, mintak nasihat kawan-kawan yang mengandung dan bertanya pada doktor. Akhir sekali, selain daripada makan ubat yang diberi doktor, Abang Nara mintak wife minum susu untuk ibu mengandung. Teruslah kitaorang berdua menjelajah ke kedai-kedai mencari susu yang paling sesuai.

dumil mama

Memang susah gila nak buat pilihan sebab terlalu banyak susu untuk ibu mengandung yang berada di pasaran. Semua pun ada kelebihan masing-masing. Dekat seminggu jugak kami berdua tawaf kedai-kedai sambil membaca label setiap susu yang ada. Akhirnya wife buat keputusan untuk meminum susu Dumil Mama sepanjang kehamilan ini.

dumil mama

Walaupun setiap susu ada kelebihan masing-masing, Abang Nara dan wife memilih susu Dumil Mama sebab segala kandungan di dalamnya ada mengikuti kadar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Tak lebih tak kurang. Yang penting Dumil Mama ada zat besi, DHA, asid folik dan kandungan kalsium yang tinggi untuk membantu menjaga kesihatan wife Abang Nara dan kandungan kami berdua. Harganya pun sangat berpatutan. Tak adalah mahal sangat.

dumil mama

Alhamdulillah sejak mengamalkan minum Dumil Mama segelas sehari, bila pergi checkup, doktor sentiasa cakap kandungan wife berada di kadar tumbesaran yang sepatutnya. Wife Abang Nara pun sentiasa bertenaga, ceria dan kurang moody. Abang Nara bersyukur sangat-sangat sebab dapat beri yang terbaik kepada isteri tercinta dan kandungan. Terima kasih Dumil Mama ~

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...