August 11th, 2011

Membaca temuramah wartawan Harian Metro semalam di ruangan RAP bersama Ally Iskandar membuatkan Abang Nara mengkagumi kematangan, kemachoan dan cara menjawap Ally Iskandar. Memang awesome.

ally iskandar

Salah satu jawapan yang Abang Nara paling gemar ialah apabila wartawan bertanya “Apakah peristiwa ini membuatkan anda takut hendak mengenali gadis lain?” dan Ally menjawap dengan kacaknya:-

Takut bukan sifat sebenar lelaki. Seorang lelaki tidak boleh takut.

Memang macho, tampan dan gagah gila kan jawapan Ally? Respek babe. Ikuti temubual penuh dengan memabaca artikel ini sepenuhnya. Abang Nara doakan agar Ally cepat-cepat bertemu jodoh.

RAP: Bagaimana keadaan anda sekarang, semakin tenang?

ALLY: Alhamdulillah, begitulah nampaknya sekarang ini.

RAP: Apa sebenarnya yang berlaku antara kalian berdua sehingga pertunangan diputuskan?

ALLY: Maaf saya tidak berminat untuk bercakap atau memberikan sebarang kenyataan membabitkan apa yang sudah berlaku. Saya bimbang jika saya memberikan kenyataan, ia akan memanjangkan lagi cerita. Biarlah orang tahu bahawa hubungan kami sudah berakhir. Lagipun tiada dendam antara kami. Keputusan dibuat secara baik dan saya masih berkawan dengan Aishah. Pada saya, apa yang sudah berlaku biarlah berlalu. Hidup perlu diteruskan.

RAP: Apakah anda yakin dengan keputusan yang diambil?

ALLY: Kami berusaha untuk menyelamatkan pertunangan kami tetapi tidak mencapai kata yang positif sehingga membuatkan kami mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan.

RAP: Bujang popular kembali solo. Ada yang gembira dengan keputusan yang anda ambil.

ALLY: Kenyataan bujang popular kembali solo itu satu sendaan yang pada saya keterlaluan. Bagi saya, perkahwinan bukan perkara main-main. Apa yang berlaku antara saya dan Aishah bukan untuk saya raikan atau diraikan oleh orang lain.

RAP: Sejauh mana perkahwinan itu penting bagi anda?

ALLY: Perkahwinan sangat penting kerana ia pelengkap kepada iman dan menambah bilangan umat Nabi Muhammad SAW Ia juga menjadi matlamat hidup saya.

RAP: Dalam skala 1 hingga 10, anda meletakkan perkahwinan itu di nombor berapa?

ALLY: Sudah tentu ia saya letak di tangga pertama. Kerja sampai mati dan kumpul duit sampai berbukit, tetapi tidak ada orang yang boleh membahagiakan untuk dikongsi bersama, untuk apa. Kebahagiaan hidup itu jauh lebih penting dan saya mahu mencari kebahagiaan itu.

RAP: Anda tidak perlu bimbang apabila putus tunang kerana pepatah Inggeris ada berkata, hidup lelaki bermula apabila mereka mencecah 40 tahun?

ALLY: Itu tidak benar. Saya tidak bersetuju dengan kenyataan itu. Kehidupan manusia bermula sebaik saja mereka dilahirkan.

RAP: Apakah anda tertekan dengan situasi ini?

ALLY: Tidak, putus tunang dan isu kahwin sebenarnya tidak pernah memberikan tekanan kepada saya.

RAP: Apakah anda tidak tertekan belum berkahwin walaupun usia mencecah 35 tahun?

ALLY: Secara asasnya memang saya tertekan sebab usia sekarang sudah 35 tahun. Saya juga tidak mahu ia dijadikan sandaran kepada saya untuk tergopoh-gapah sebelum ini. Saya tidaklah bermaksud sebelum ini saya tergopoh-gapah untuk mendirikan rumah tangga, membabitkan hubungan lepas. Waktu itu saya berasakan bahawa masa saya sudah sampai, tetapi ketentuan jodoh belum sampai ke situ.

RAP: Adakah anda akan lebih memilih selepas ini? Bagaimana ciri-ciri wanita yang menjadi pilihan anda sekarang?

ALLY: Terus-terang, saya tidak boleh fikir mengenainya sekarang. Apa yang berlaku sebenarnya sangat besar dan ia memberi kesan kepada kehidupan saya. Waktu sama, saya tidak boleh melihat sesuatu perkara atau meletak kayu pengukur kepada ciri-ciri wanita ideal yang saya cari. Entahlah kalau selepas ini atau akan datang akan ada draf baru mengenainya (wanita pilihan).

RAP: Apakah peristiwa ini membuatkan anda takut hendak mengenali gadis lain?

ALLY: Takut bukan sifat sebenar lelaki. Seorang lelaki tidak boleh takut.

RAP: Tidak takut perkara sama berulang?

ALLY: Sebab itu kita ada doa dan perlu berusaha. Kemudian kita berserah kepada Allah. Apa yang penting dalam hidup kita harus berusaha.

RAP: Ulama pernah berkata sekiranya belum ada keizinan-Nya jodoh tidak akan datang walaupun ada usaha dibuat.

ALLY: Saya setuju dengan kenyataan itu. Malah saya pernah mendengar ulama menjelaskan jodoh dan maut takkan datang awal walaupun sesaat, atau lewat walaupun sesaat. Kalau sampai adalah jodohnya dan kalau tidak memang ia tidak ada.

RAP: Bagaimana anda menilai situasi putus tunang?

ALLY: Saya tidak melihatnya sebagai satu musibah. Itu laluan yang Tuhan tentukan kepada saya dan lebih penting saya belajar apa yang berlaku dan jadikan diri saya lebih baik. Itulah juga yang saya doa dan harapkan agar memperoleh hikmah di sebalik peristiwa yang sudah terjadi. Waktu sama, saya mengharapkan artikel yang anda tulis adalah perkara terakhir berkaitan perkara ini (putus tunang).

RAP: Ada yang kata anda putus tunang sama waktu dengan Khairul Fahmi seperti satu ‘trend’. Pandangan anda secara peribadi mengenai kenyataan itu?

ALLY: Apa yang berlaku hanya kebetulan dan bukan nak ikut trend putus. Pandangan orang itu perkara biasa, apa saja yang kita lakukan pasti menjadi perhatian orang. Ia bukan saja membabitkan personaliti tetapi orang yang masuk politik juga melalui perkara sama. Macam mana kita terima perkara yang berlaku adalah lebih penting bagi saya.

RAP: Cara anda mengisi kekosongan hidup sekarang?

ALLY: Cara saya mudah iaitu terus menyibukkan diri dengan kerja. Sekarang ini saya sibuk dengan Singgah Sahur yang berupa rancangan kelahiran saya. Selalunya saya akan menerbitkan keseluruhan episod Singgah Sahur tetapi, kali ini saya hanya menerbitkan satu episod. Waktu sama saya akan terbabit dengan MHI Raya.


Comments are closed.

Loading...