Rabu lalu bersamaan 18 Januari, Abang Nara telah pun menghadirkan diri ke ERA Digital Muzik Awards 2016 (ERADMA2016) yang telah berlangsung di MaTiC Jalan Ampang. Fuh. Memang meriah dan happening sangat-sangat. Anugerah yang julung-julung kalinya berlangsung ini telah pun dijana oleh Digi Prepaid Live yang memberi 8GB data percuma untuk streaming muzik dan video pada setiap bulan.
Ribuan rakyat Malaysia telah pun menonton ERADMA2016 secara langsung di Facebook Era FM. Apa yang menariknya tentang anugerah ini adalah kehadiran para selebriti media sosial. Bukan calang-calang yang hadir. Antaranya Luqman Podolski, Sterk Production dan ramai lagi.
Artis-artis tempatan turut sama hadir memeriahkan lagi ERADMA2016 ini. Antaranya Ayda Jebat, Faizal Tahir, Aiman Tino, Suffian Suhaimi dan ramai lagi. Sebenarnya ERADMA2016 ini bolehlah dikatakan anugerah untuk menghargai penyanyi-penyanyi baru. Hanya 6 kategori dipertandingkan dan para pemenangnya ialah seperti di bawah:-
1. Kategori Penyanyi Kolaborasi Terbaik 2016 – Faizal Tahir
2. Kategori Lagu Nyanyian Semula Terbaik 2016 – Haqiem Rusli
3. Kategori Lagu Paling Emo 2016 – Aiman Tino
4. Kategori Temubual Tetamu Terbaik Carta ERA 40 – Ayda Jebat
5. Kategori Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 2016 – Syamel
6. Kategori Penyanyi Harapan Baru Pilihan DiGi – COV
Sebelum majlis bermula, Abang Nara sempat membuat sedikit temubual bersama Luqman Podolski dan juga Altimet. Memang kelakar sungguh Luqman tue. Nak terburai perut Abang Nara.
Terima kasih kepada Digi Prepaid Live yang telah sudi menjemput Abang Nara. Untuk pengetahuan anda, ERADMA2016 boleh ditonton secara percuma sekiranya anda pengguna Digi kerana ada 8GB kuota data percuma untuk streaming video dan muzik. Confirm tak habis data sampai bila-bila. Untunglah pengguna Digi.
Semoga Era Digital Muzik Awards akan diteruskan pada tahun-tahun hadapan. Tak sabar Abang Nara untuk pergi sekali lagi. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Kepada pihak penganjur, tahniah juga diucapkan kerana majlis yang sungguh awesome.