Semalam, Polis Selangor mengesahkan wanita Jepun yang maut selepas terjatuh dari kondominium adalah isteri kepada pempengaruh, Ridz Okumura.
Pemilik nama Abd. Ridzuan Abdul Mutalib, 50, itu menerusi TikTok live semalam sempat berborak dengan netizen tentang malam kejadian arwah isterinya, Akiko Okumura terjatuh dari tingkat empat kondominium mereka.
Katanya, ketika itu kira-kira jam 1 pagi dia ada terdengar bunyi seperti dentuman namun dia menyangka itu adalah orang kemalangan disebabkan rumah mereka berada di tepi lebuh raya.
Selalunya abang akan pergi ‘check’ bersama isteri jika ada sebarang kejadian, tetapi pada malam tersebut abang terlalu penat dan terus tidur.
Bagaimanapun, menjelang pagi dia merasakan suasana yang berbeza pada waktu itu kerana sudah menjadi rutin harian Akiko menyediakan sarapan untuknya dan anak mereka, Sky Taizo Okumura.
Abang sudah mula tak sedap hati segera ke bilik kami dan mendapati tingkap bilik sudah pun terbuka dan rosak.
Dia kemudian berlari ke bilik air utama dan memanjat tingkap sebelum nampak isterinya dalam keadaan tertiarap di atas tanah.
Meskipun terkejut, Ridz kemudian segera meminta pengawal keselamatan untuk menghubungi ambulans dan polis.
Disebabkan arwah jatuh dalam keadaan yang baik, abang tidak mengalihkan badannya kerana sangka dia masih bernyawa.
@malaysia.unfold.x Terkini! Suami dedah kisah sebenar Akiko meninggal dunia. Semoga Arwah tenang disana dan ditempatkan di kalangan orang beriman. #news #berita #beritatiktok #beritaviral #malaysiaunfold #malaysiatiktok🇲🇾 #madani #perpaduan #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #malaysia #akiko #akikookumura #ridzokumura #viral ♬ original sound – Malaysia Unfold X
Dalam pada itu, Ridz memohon orang ramai untuk berhenti membuat andaian atau spekulasi tentang kematian isterinya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.