Sebelum ini kecoh apabila seorang remaja ditahan selepas ‘kantoi’ menyamar sebagai anggota polis dengan nama samaran ‘Tuan Ramdan’. Dia turut membuat sendiri kad kuasa polis dan memakai pakaian seragam serta melakukan ‘operasi’ sebagai Inspektor polis.
Baca: “19 Tahun Dah Jadi inspektor?” Pemuda Kantoi Menyamar Pegawai Kanan Polis
Berita penahanan remaja ini viral di media sosial apabila ramai yang menganggap kisah ini sesuatu yang melucukan. Namun, di sebalik kisah lucu ini, seorang individu yang mengaku sebagai abang kandung kepada ‘Tuan Ramdan’ tampil menceritakan kisah sebenar.
“Dia ni budak baik”
Menurut individu itu, dia tidak pernah berjumpa dengan adik kandungnya itu kerana terpisah selepas ayah kandung mereka dan ibu tiri (ibu kandung Ramdan) berpisah. Sehinggakan, adiknya itu tidak pernah berjumpa dengan ayah kandung mereka sejak kecil selepas hidup berasingan.
Sejak kecil lagi dia tak pernah jumpa ayah kandung dia. Kenapa ayah kami tak cari? Sebab ayah kami pun tak tahu dia dekat mana. Sehingga 1 hari aku berjumpa dengan mak tiri aku. Aku dapat tahu Ramdan ni dah diserahkan kepada keluarga angkat. Kenapa? Sebab dari apa yang aku dengar, nenek kepada ‘Tuan Ramdan’ ini tidak mahu terima zuriat dari ayah kami lalu diserahkan kepada keluarga angkat.
Tambahnya lagi, disebabkan minat yang mendalam untuk menjadi anggota polis telah menyebabkan dia menyamar sebagai anggota beruniform itu. Oleh kerana ibu bapa kepada Ramdan ini telah meninggal dunia menyebabkan tiada sesiapa yang memantau atau menghalangnya.
“Dia ni budak baik, tak pernah buat apa-apa jenayah.”
Ramdan merupakan anak ke 12 daripada 13 adik beradik tetapi dia langsung tidak pernah berjumpa dengan adik beradiknya yang lain. Walaupun sudah beberapa kali dia mengajak untuk berjumpa tetapi Ramdan menolak ajakannya itu mungkin kerana halangan pihak lain.
Kesian la kat dia. Hidup dia tak seperti orang lain. Dia teramat minat nak jadi seorang polis. Mungkin dia fikir jadi polis tu semudah pakai uniform. Mintak tolong sangat-sangat. Jangan lah bagi dia tomahan yang bukan-bukan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan kehidupan sebenar Tuan Ramdan yang menjadi bahan ejekan di media sosial kini. Tetapi walau apa pun, tindakannya menyamar menjadi anggota polis tetap menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang.