Abang K Dan Umie Aida Confirm Nikah Di Luar Negara

Hiburan

Abang K Dan Umie Aida Confirm Nikah Di Luar Negara

gambar kahwin umie aida

Kepada peminat Umie Aida, jangan risau sebab hanya pernikahan sahaja yang bakal dilakukan di luar negara. Majlis resepsi tetap akan diadakan di dalam negara kita yang tercinta. Jadi masih ada can untuk ada melihat gambar-gambar perkahwinan dan persandingan Umie Aida bersama Dato’ K nya.

Advertisement

Dengar khabarnya majlis pernikahan mereka berdua nie berkemungkinan akan dilakukan di Mekah. Mungkin untuk mengambil keberkatan tanah suci. Hajat untuk bernikah di luar negara nie adalah permintaan Umie Aida sendiri. Dato’ K ataupun lebih mesra dengan nama Abang K sekadar mengikut jer ajakan Umie Aida.

Tak kisahlah nikah di mana-mana pun. Yang penting marilah kita sama-sama mendoakan kedua-dua bakal pengantin nie selamat bernikah nanti. Dan semoga perkahwinan mereka kekal sehingga ke hujung hayat. Tengok gambar kat atas tue pun kedua-duanya nampak sama cantik dan sama padan.

Oh ya sebelum terlupa, sempena dengan hari jadi Umie Aida baru-baru nie, Abang K tak bagi hadiah beg tangan LV RM40,000 macam yang Dato’ Siti terima. Tapi dia hadiahkan rawatan badan kepada Umie Aida di sebuah pusat kesihatan antarabangsa. Memang romantik gitu ~~~ Tak pernah dengar lagi suami-suami artis bagi hadiah camnie. Tak sangka di sebalik misai tebal beliau, Abang K nie jiwang jugak orangnya.

Sekali lagi tahniah kepada bakal mempelai nie. Makin berseri-seri kami tengok wajah kedua-dua orang nie.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...